≡ Menu

Upacara Akad Nikah Di Selangor Ditangguh Sepanjang PKP – JAIS

Upacara Akad Nikah Di Selangor Ditangguh Sepanjang PKP – JAIS

UPACARA AKAD NIKAH SELANGOR DITANGGUH

Selaras dengan pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang diumumkan oleh Perdana Menteri, banyak sektor yang terpaksa menghentikan operasi bekerja. Bukan itu sahaja, tidak dilupakan buat pasangan pengantin yang sudah bersedia untuk bernikah dalam tempoh yang terdekat.

UPACARA AKAD NIKAH DI SELANGOR DITANGGUH

Upacara Akad Nikah Di Selangor Ditangguh Sepanjang PKP – JAIS

Keputusan untuk menangguhkan segala upacara akad nikah dalam apa jua bentuk dan cara adalah bermula dari 1 Jun hingga 30 Jun 2021. Keputusan ini diambil selepas telah diperhalusi dari segala aspek untuk membendung wabak dan telah diperkenankan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor.

Upacara Akad Nikah Di Selangor Ditangguh Sepanjang PKP – JAIS

Bukan itu sahaja, susulan pengumuman PKP 3.0 kali ini, semua perkhidmatan Jabatan Agama Islam Selangor ditangguhkan bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan juga boleh diemelkan ke info@jais.gov.my. Pelanggan juga boleh menghubungi talian 0355143600 atau 0355143400 dan layari laman web www.jais.gov.my.

 

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Sempena Malam Isra' dan Mikraj, Berdoalah Sebanyaknya