≡ Menu

Fenomena Istiwa A’dzam Petang Ini, Jom Semak Arah Kiblat Guna 7 Langkah Dan 3 Peralatan Ini

Fenomena Istiwa A’dzam Petang Ini, Jom Semak Arah Kiblat Guna 7 Langkah Dan 3 Peralatan Ini

Hari ini bakal berlakunya fenomena Istiwa A’dzam di mana umat Islam boleh menyemak arah kiblat di rumah masing-masing.

Menurut Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), peristiwa ini dijangka berlaku tepat jam 5.16 petang ini (28 Mei)

Bagi membantu orang ramai menyemak arah kiblat, JAKIM telah berkongsi peralatan yang diperlukan dan cara untuk tujuan tersebut.

Peralatan yang diperlukan:

1. Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak @ boleh berdiri tegak)
2. Masking Tape
3. Pen Marker

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Cara-cara:

1. Pada 28 Mei 2021 Jumaat (hari ini) , tepat jam 5.16 petang
2. Pacakkan / Letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
4. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut.
5. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
6. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.
7. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

Setelah siap tanda arah kiblat, boleh lah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu-ragu tu. (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti).

Fenomena Istiwa A’dzam Petang Ini, Jom Semak Arah Kiblat Guna 7 Langkah Dan 3 Peralatan Ini

Penerangan :

Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 28 Mei.

Pada waktu yang sama, di Mekah iaitu di Kaabah (jam 12.16pm Waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.

Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5.16pm dan 16 Julai jam 5.28pm. (Tahun lepas : 27 Mei & 15 Julai)

Lembah Klang diramalkan hujan petang ini…Negeri-negeri lain macam mana ya?

BACA:  125 kes baru, 12 di ICU - Dr Adham Baba

 

Sumber: Jakim via siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel