≡ Menu

Ulat Pengorek Buah dan Cara Mengatasinya

Ulat Pengorek Buah dan Cara Mengatasinya

Durian merupakan buah-buahan bermusim yang semakin banyak diusahakan di negara kita kerana mampu memberikan pendapatan lumayan jika diusahakan dengan betul.

Namun, jika anda masih baru dalam bidang ini, salah satu cabaran utama yang wajib anda ketahui adalah pengurusan penyak1t pada pokok dan buah.

Artikel kali ini saya kongsikan punca buah durian gugur semasa saiz sebesar duit syiling atau bola ping pong dan cara penyelesaiannya.

Ulat Pengorek Buah dan Cara Mengatasinya

Biasanya seranga akan datang bertelur masa durian size macam buah ping pong. Telur tersebut akan menetas dan mengorek buah durian.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Serangga pengorek ini aktif terutama musim hujan, dan akan menyerang satu kebun durian anda, jika tidak di kawal akan mengurangkan hasil buah yang berkualiti.

Durian yang sudah besar tak masuk serangga lagi, jadi tak perlu spray dengan racun.

Cara mengatasi ulat pengorek buah adalah dengan menyembur racun serangga. Lakukan semburan terus ke buah durian yang masih kecil untuk mengelakkan serangga bertelur.

Ulat Pengorek Buah dan Cara Mengatasinya

 

Anda boleh gunakan racun serangga 505 yang ada dijual di kedai kimia. Ikut sukatan yang disyorkan pada label botol.

Sebaiknya lakukan semburan ketika waktu awal pagi atau sebelah petang sebelum matahari terbenam.

Semburan dilakukan sebanyak sekali dalam 2 minggu sudah mencukupi. Racun dalam buah biasanya akan bertahan selama 2 minggu.

Semburan susulan perlu dilakukan semula selepas 2 minggu sehingga buah mencapai saiz sebesar penumbuk.

Pastikan pokok tidak terlindung dengan cahaya matahari. Tebang pokok berhampiran yang tidak diperlukan.

BACA:  Lelaki Ini Kongsi ‘Ilmu Pengasih’ Masak Nasi Putih Sedap Macam Di Kedai

Share jika bermanfaat.

 

Sumber: rentas.asia 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel