≡ Menu

Hukum Membaca Surah yang Sama Pada Kedua-dua Rakaat Solat

Hukum Membaca Surah yang Sama Pada Kedua-dua Rakaat Solat

SOALAN :

Jika telah membaca satu surah pada rakaat yang pertama adakah boleh kita baca sekali lagi surah yang sama pada rakaat yang kedua?

JAWAPAN :

Apabila seorang telah membaca satu surah selepas fatihah pada rakaat yang pertama lalu pada rakaat yang kedua dia membaca surah yang sama juga maka hukumnya adalah harus.

Telah diriwayatkan daripada Muaz bin Abdullah Al-Juhani r.a. katanya :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

أن رجلًا من جُهَيْنَةَ أخبره: “أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ ﴿إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ﴾ فِي الرَّكْعَتَيْنِ كِلْتَيْهِمَا، فَلَا أَدْرِي أَنَسِيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ أَمْ قَرَأَ ذَلِكَ عَمْدًا

Artinya “ Bahawasanya seorang lelaki dari Juhainah memberitahunya sungguhnya dia telah mendengar akan Nabi saw membaca pada solat subuh akan surah ﴿إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ﴾ pada kedua-dua rakaat. Maka aku tidak tahu adakah Rasulullah saw lupa atau sengaja membaca yang demikian itu?” (Hadith riwayat Abu Daud & Ahmad)

Berkata Imam Ibnu Quddamah :

وإن قرأ في ركعة سورة ثم أعادها في الثانية فلا بأس

Artinya : “Dan jika seorang itu membaca pada satu rakaat akan satu surah kemudian dia mengulanginya pada rakaat yang kedua maka tidaklah menjadi kesalahan.” (Kitab Al-Mughni)

Dan pendapat yang mengharuskan mengulangi surah yang sama pada dua rakaat itu adalah pendapat jumhur ulamak.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

” ذَهَبَ الْجُمْهُورُ مِنْ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ إلَى أَنَّهُ : لَا بَأْسَ لِلْمُصَلِّي أَنْ يُكَرِّرَ السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ الَّتِي قَرَأَهَا فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى

BACA:  5 Tips Untuk Anda Berjaya Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan

Artinya : “Telah berjalan oleh jumhur ulamak dari mazhab Hanafi dan Syafie dan Hanbali kepada tidak mengapa bagi orang yang solat mengulangi akan surah yang sama dari Quran yang telah dibacanya pada rakaat yang pertama.”

KESIMPULAN

Harus membaca surah yang sama pada rakaat yang kedua walau pun dia telah membaca surah tersebut pada rakaat yang pertama samada solat sendirian atau menjadi imam atau makmum.
Membaca surah yang berlainan pada rakaat yang pertama dan yang kedua adalah afdhal.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel