≡ Menu

Keistimewaan Rasulullah SAW : Rasulullah Tidak Pernah Menguap

Keistimewaan Rasulullah SAW : Rasulullah Tidak Pernah Menguap

SOALAN :

Saya mendengar dalam satu syarahan seorang ustaz menceritakan antara kesitimewaan Nabi kita ialah tidak pernah menguap.
Adakah ianya benar?

JAWAPAN :

Telah diriwayatkan secara mursal daripada Yazid bin Al-Asham katanya :

مَا تَثَاءَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَطُّ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Artinya : “Tidak pernah menguap oleh Nabi saw sama sekali.”

(Hadith dikeluarkan olih Ibnu Abi Syaibah dan Bukhari didalam At-Tarikh)
Dan ada dikeluarkan oleh Al-Khattabi daripada jalan Maslamah bin Abdul Al-Malik bin Marwan berkata ia :

مَا تَثَاءَبَ نَبِيٌّ قَطُّ

Artinya : “Tiada pernah Nabi saw menguap sama sekali.”

Dan telah berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :

وَمَسْلَمَة أَدْرَكَ بَعْض الصَّحَابَة وَهُوَ صَدُوق . وَيُؤَيِّد ذَلِكَ مَا ثَبَتَ أَنَّ التَّثَاؤُب مِنْ الشَّيْطَان

Artinya : “Adalah Maslamah ini sempat ia bertemu dengan sebahagian sahabat dan dia adalah seorang yang benar. Dan menguatkan yang demikian itu oleh barang yang sabit sungguhnya menguap itu daripada syaitan.” (Kitab Fathul Baari)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Galaksi Baru Yang Dijumpai Wanita Turki Ini Dinamakan Sempena Namanya