≡ Menu

Hukum Makan Ulat Sagu / Ulat Mulong

Hukum Makan Ulat Sagu Ulat Mulong

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

“. . .Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.” (Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38)

PENGECUALIAN

Walaubagaimanapun masih ada pengecualian pengharaman ini (dari pendapat ulama Syafie)

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”. Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama – sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. (Sumber: kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ .إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 172-173)

BACA:  Petunjuk Solat Istikharah

Semua manusia di mana-mana sahaja bersepakat mengenai kewajipan memelihara tatacara pemakanan, minuman, berpakaian dan lain-lain lagi yang menjadi satu fitrah kepada manusia dalam mengaturnya. Bagi setiap individu ada makanan yang dimakannya dan ada yang perlu ditinggalkannya. Setiap kelompok masyarakat mempunyai cara tersendiri untuk menilai makanan dan minuman yang memberi manfaat dan membawa kemudaratan kepada mereka. Ada yang menjadikan agama masing-masing sebagai penilai, ada yang menjadikan pengalaman dan kajian, ada yang menjadikan perubatan dan bermacam-macam lagi penilai untuk mencapai matlamat masing-masing untuk mendapat makanan dan minuman yang baik untuk kehidupan masing-masing.

Segala usaha dan penilaian yang menyibukkan ini akan menjadikan manusia melupai Allah sedikit atau banyak. Kesannya akan menyebabkan hati dicemari dengan kekotoran dan terputus hubungannya dengan Allah Taala. Racun yang memasuki hati ini wajib diubati. Oleh sebab itu maha bijaksana Allah apabila memerintahkan untuk mensyukuriNya selepas memperoleh segala makan minum yang diinginkan. Allah juga mengkhususkan makanan tertentu sahaja yang dibenarkan untuk dimanfaatkan oleh manusia kerana sebahagian daripada binatang-binatang yang dimakan akan memberi kesan kepada akhlak emosi seseorang insan. Perkara tersebut telah diakui oleh tokoh-tokoh perubatan sendiri mengenai akhlak manusia yang memakan khinzir, monyet dan sebagainya. Bagi orang yang beriman, penilaian yang diberikan oleh Allah dan Rasulnya merupakan penilaian yang paling tepat dan wajib untuk ditaati.

Oleh itu, peranan khalifah Allah yang dipertanggungjawab oleh Allah kepada manusia di muka bumi ini bukan hanya semata-mata urusan solat, puasa, haji, zakat dan seumpamanya yang merupakan ibadat itu sendiri akan tetapi menjadikan pelaksanaan setiap inci kehidupan di muka bumi Allah ini mengikut neraca yang Allah inginkan juga merupakan satu kewajipan. Jika hati dan dada kita diberi petunjuk untuk memahami dan menghayati isi dan ajaran Al-Quran itu sendiri. Maha benar apa yang Allah firmankan

BACA:  Penilaian Isu Gabung Makanan Laut dan Darat

مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Para Fuqaha memberikan kaedah untuk menilai makanan yang diharamkan untuk dimakan oleh kaum Muslimin. Kaedah ini dikeluarkan daripada firman Allah dan sunah baginda Nabi

1) Makanan memberi mudarat kepada tubuh.

2) Memberi mudarat kepada akal.

3) Sesuatu yang jijik pada pertimbangan mereka yang sihat emosinya.

Berkata Ibn Qudamah: “Apa yang dikata elok oleh Arab maka ianya halal kerana firman Allah SWT :

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ

Maksudnya: dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik
Iaitu apa yang dianggap baik dan elok oleh mereka selain daripada yang telah dihalalkan.

Firman Allah SWT :

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang Dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik,(Surah al-Maaidah ayat 4)

Jika Allah ingin maksudkan makanan yang telah dihalalkan, maka ayat ini tidak menjadi jawapan kepada persoalan.

Juga sesuatu yang dianggap jelik oleh Arab hukumnya haram. Berdasarkan firman Allah Taala;

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: dan mengharamkan kepada mereka Segala benda yang buruk;

Mereka yang diiktiraf dan diguna pakai untuk diterima tanggapan baik dan jeliknya sesuatu ialah bangsa Arab Hijaz yang tinggal di kota. Ini kerana Al-Quran mula-mula diturunkan kepada mereka dan mula-mula mendapat mendengar hadis Nabi, maka dirujuk setiap ucapan Al-Quran dan Sunah kepada adat dan uruf mereka tidak selain mereka. Tidak boleh menilai perasaan Penduduk Hijaz yang tinggal di kampung-kampung kerana disebabkan darurat atau kelaparan mereka makan apa sahaja yang mereka temui”.

BACA:  Apakah Hukum Main Kutu?

4) Benda-benda Najis

5) Daging binatang buas yang berkaki empat dan juga burung

6) Haiwan jinak yang mempunyai kuku. Seumpama keldai

7) Haiwan-haiwan yang dituntut oleh syarak untuk membunuhnya.

Ini merupakan tujuh kaedah dalam menentukan sesuatu makanan halal dimakan atau tidak. Berhubung tentang hukum memakan lintah, Imam Dumairi berkata: “Haram memakan lintah”.

Jijik menurut madzhab syafi’iy :

1. Menurut selera bangsa arab. maksudnya jika ulat sagu tsb disuakan kepada org arab atau pelancung arab, apakah mereka ada selera memakannya. atau mereka merasa jijik.

2. Jijik menurut standard masyarakat madani atau komuniti manusia yg menetap di kota. Ini kerana selera org kota lebih terjaga, bukannya standard orang dusun pendalaman atau komuniti org asli yg tiada jijik kepada semua perkara…

ULAMA SARAWAK YANG MENGFATWAKAN HARAM

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang. Wallahu a’lam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel