≡ Menu

Doa Nabi SAW Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam

Doa Nabi SAW Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Facebook.

Doa Yang Di Amalkan Nabi SAW Selepas Tahyat Akhir Sebelum Salam

Terdapat hadis yang menjelaskan dianjurkannya beberapa doa pada dubur solat (akhir solat) sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di bawah :

أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya, “Aku wasiatkan padamu wahai Mu’az. Janganlah engkau tinggalkan untuk berdoa setiap dubur solat (akhir solat) :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik.

[Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir pada-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbaiki ibadah pada-Mu].”
(HR. Abu Daud no. 1522. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

Namun apakah yang dimaksud dengan dubur solat (akhir solat)?

Apakah sebelum salam atau sesudah salam?

Untuk memahami hal ini, alangkah baiknya kita memperhatikan penjelasan Syaikh Ibnu Baz berikut (Majmu’ Fatawa Ibnu Baz 11/194-196) yang kami sarikan berikut ini. Serta ada sedikit penjelasan dari Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dan ulama lainnya yang kami sertakan.

Dubur solat kadang bermakna sebelum salam dan kadang pula bermakna sesudah salam.

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan hal ini. Majoritinya menunjukkan bahawa yang dimaksud dubur solat adalah akhir solat sebelum salam jika hal ini berkaitan dengan doa.

Sebagaimana dapat dilihat dalam hadis Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengajarkannya tasyahud padanya, lalu baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

BACA:  Solat Yang Tidak Khusyuk

ثُمَّ لِيَتَخَيَّرْ مِنْ الدُّعَاءِ بَعْدُ أَعْجَبَهُ إِلَيْهِ يَدْعُو بِهِ

“Kemudian terserah dia memilih doa yang dia sukai untuk berdoa dengannya.” (HR. Abu Daud no. 825).

Dalam lafazh lain,

ثُمَّ لْيَتَخَيَّرْ بَعْدُ مِنَ الْمَسْأَلَةِ مَا شَاءَ

“Kemudian terserah dia memilih setelah itu (setelah tasyahud) do’a yang dia kehendaki (dia sukai).” (HR. Muslim no. 402, An Nasa’i no. 1298, Abu Daud no. 968, Ad Darimi no. 1340)

Di antara contoh do’a yang dibaca sebelum salam adalah yang terdapat dalam hadis Mu’adz bahawasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berwasiat padanya,

لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Janganlah engkau tinggalkan untuk berdo’a setiap dubur solat (akhir solat) : Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik.

[Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir pada-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbaiki ibadah pada-Mu].” (HR. An Nasa’i no. 1286, Abu Daud no. 1301. Sanad hadis ini sahih)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel