≡ Menu

Adakah Perlu Membatalkan Solat Sunat Jika Iqamah Telah Dilaungkan

Adakah Perlu Membatalkan Solat Sunat Jika Iqamah Telah Dilaungkan

Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang perlu dipatuhi kita semua, pastinya aktiviti keagamaan di masjid juga diringkaskan dan ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.

Sebagai contoh, antara SOP masjid yang ditekankan ialah jemaah perlu hadir awal ke masjid, sekurang-kurangnya 20 minit sebelum solat fardu bermula. Ini adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran dilakukan.

Bagaimanapun, buat anda yang mungkin datang sedikit lambat tetapi berjaya menempah tempat di masjid, ia adalah peluang yang tidak boleh disia-siakan.

Tidak semua orang mempunyai peluang untuk menunaikan solat berjemaah di masjid mahupun menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid; jika anda salah seorangnya, maka anda adalah yang bertuah.

Adapun, bagaimana jika ketika anda sedang menunaikan solat sunat dua rakaat, muazzin (bilal) tiba-tiba melaungkan iqamah. Adakah anda perlu meneruskannya atau menghentikannya?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam hal ini, terdapat dua situasi yang perlu diambil kira, iaitu;

#1 – Disunatkan Menyempurnakan Solat Sunat

Sunat untuk menyempurnakan solat sunat itu jika diyakini bahawa tidak akan terlepas imam. Namun, penyempurnaan itu hendaklah diringkaskan agar tidak tertinggal jauh dengan imam.

Sebagaimana firman Allah yang menyebut:

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu.” (Surah Muhammad, 47:33)

#2 – Disunatkan Memutuskan Solat Sunat

Bagaimanapun, jika diyakini akan terlepas solat berjemaah (disebabkan baru memulai solat sunat itu), maka sunat ke atasnya untuk memutuskan solat tersebut.

BACA:  Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa Lengkap

Kesimpulan

Perlu kita faham bahawa apabila iqamah telah dilaungkan bagi menunaikan solat fardu, maka makruh hukumnya untuk menunaikan solat-solat sunat yang lain.

Waktu ini, jemaah hendaklah bersedia untuk menunaikan solat fardu. Adapun, jika sedang dalam rakaat solat sunat, maka perlu dilihat pada situasi sama ada masih awal atau tidak mahupun diyakini sempat dengan imam atau tidak.

Wallahu a’alam

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel