≡ Menu

Perbezaan al-Rahman dan al-Rahim

Perbezaan al-Rahman dan al-Rahim

1. Dalam al-Quran, perkataan al-Rahman disebut sebanyak 57 manakala perkataan al-Rahim disebut sebanyak 114 kali. Terdapat pelbagai pandangan mengenai makna perkataan al-Rahman dan al-Rahim ini.

2. Dalam Surah al-Fatihah, perkataan al-Rahman al-Rahim ini disebut dalam ayat ketiga. Menariknya ayat ini didahului dengan pernyataan mengenai penguasaan Allah terhadap urustadbir Dunia. Manakala ayat kemudiannya pula menyentuh soal penguasaan Allah dalam urusan di Akhirat kelak.

3. Kedudukan ini seakan memberikan gambaran mengenai kedudukan Allah sebagai al-Rahman iaitu Tuhan yang memberikan anugerah nikmat yang luas kepada seluruh makhluk samada Muslim atau kafir di dunia ini.

4. Manakala sifat al-Rahim pula seakan merujuk kepada ayat yang seterusnya iaitu sifat Allah yang meluaskan rahmatNya buat hambanya yang beriman di akhirat kelak.

5. Mengenai sifat ini, Sheikh al-Shanqiti menyatakan ini:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

الرَّحْمَنَ هُوَ ذُو الرَّحْمَةِ الشَّامِلَةِ لِجَمِيعِ الْخَلَائِقِ فِي الدُّنْيَا، وَلِلْمُؤْمِنِينَ فِي الْآخِرَةِ، وَالرَّحِيمُ ذُو الرَّحْمَةِ لِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. وَعَلَى هَذَا أَكْثَرُ الْعُلَمَاءِ

al-Rahman itu adalah sifat Allah yang mempunyai rahmat yang luas merangkumi segala makhluknya di dunia dan akhirat, manakala al-Rahim pula rahmat buat orang yang beriman (sahaja) di akhirat dan ini adalah pandangan kebanyakan ulama. (al-Tahrir wa al-Tanwir)

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Cara Nabi jaga kesihatan diri