≡ Menu

Hentikan Stigma Terhadap Pesakit COVID-19, Ini Langkah Yang Boleh Diambil

Hentikan Stigma Terhadap Pesakit COVID-19, Ini Langkah Yang Boleh Diambil

Setakat semalam, 23 November 2020, jumlah kes COVID-19 menunjukkan angka sebanyak 56 659 dengan pertambahan kes sebanyak 1884. Ia merupakan angka paling tinggi sepanjang pandemik ini melanda Malaysia.

Bagaimanapun, berita baik untuk kita semua ialah bilangan kes sembuh juga meningkat, iaitu sebanyak 42 480 kes yang menunjukkan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Walaupun angka ini masih belum boleh membuatkan kita bersorak gembira, namun dari sinilah kita perlu sedar bahawa usaha yang dilakukan dari hari ke hari sebenarnya membuahkan hasil.

Kita semua adalah barisan hadapan yang mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Namun, selain daripada angka ini, ada perkara lain juga yang merisaukan kita, iaitu apabila wujudnya stigma terhadap pesakit-pesakit ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Perkara inilah yang menyebabkan wujudnya diskriminasi dan juga membawa kepada permasalahan mental terhadap mereka.

Sudahlah diuji dengan penyakit fizikal, ditambah pula dengan masalah mental yang melanda, ia adalah perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

Kajian menunjukkan bahawa stigma terhadap wabak ini boleh membawa kepada kurangnya orang yang mendapatkan rawatan dan tindakan kawalan boleh menjadi sukar.

Mereka cenderung untuk terus menyembunyikan status penyakit agar dapat mengelak daripada diskriminasi yang wujud.

Jadi, bagaimana untuk menghentika stigma ini? Menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia, terdapat beberapa langkah yang telah dikongsikan untuk menghentikannya. Antaranya:

#1 – Jaga tutur kata

#2 – Jangan dikaitkan dengan bangsa atau entik

#3 – Kongsikan info yang tepat dan sahih mengenai risiko jangkita COVID-19

BACA:  SOP Termasuk Kebenaran Solat Jumaat & Jemaah Terawih Dibincang Esok- Ismail Sabri

#4 – Bercakap dan sebarkan perkara-perkara yang positif

#5 – Menceritakan mengenai peratusan pesakit yang telah berjaya dirawat

#6 – Guna platform media sosial untuk menyampaikan mesej solidariti

Kesimpulan

Kita melihat impak pandemik ini bukan sahaja terhadap kesihatan fikikal, ekonomi mahupun perhubungan, tetapi juga kepada mental seseorang.

Ada orang yang sedang cuba menguatkan mental dan emosinya agar tidak terjejas dek ujian ini tanpa kita sedar.

Oleh itu, menjadi peranan kita semua untuk membantu antara satu sama lain kerana #KitaJagaKita.

Sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
World Health Organization (WHO)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel