SOALAN :
Saya ingin bertanya tentang jenazah yaitu adakah sebarang bacaan ketika hendak menutup matanya?
Jika kita ziarah mayat yang belum dimandikan apakah doa yang elok kita baca?
JAWAPAN :
Diantara perkara yang sunat kita lakukan apabila seorang itu telah meninggal dunia ialah menutup kedua matanya dengan kelakuan yang paling lemah lembut dan yang paling utama melakukannya ialah keluarganya yang paling menyanyanginya.
Berkata Imam Al-Muzani :
أَوَّلُ مَا يَبْدَأُ بِهِ أَوْلِيَاءُ الْمَيِّتِ أَنْ يَتَوَلَّى أَرْفَقُهُمْ بِهِ إغْمَاضَ عَيْنَيْهِ بِأَسْهَلَ مَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ
Artinya : “Awal-awal perkara yang dimulai dengannya oleh keluarga mayat ialah orang yang sangat mengasihinya menutup kedua matanya dengan cara paling lembut yang mampu atasnya.” (Kitab Mukhtasar Al-Muzani)
Dan disunatkan ketika menutup matanya itu dibaca akan بسم الله وعلى ملة رسول الله.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
وَيُسَنُّ حِينَئِذٍ بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ
Artinya : “Dan disunatkan pada ketika itu (menutup mata) ucap بسم الله وعلى ملة رسول الله artinya : Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah.” (Kitab Tuhfah Al-Muhtaj)
Dan berkata Syeikh Khatib Syarbini :
وَيُسَنُّ أَنْ يَقُولَ عِنْدَ إغْمَاضِهِ: بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ
Artinya : “Dan disunatkan bahawa berkata seorang ketika menutup matanya akan بسم الله وعلى ملة رسول الله.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Dan berkenaan soalan yang kedua jika seorang menziarahi jenazah yang belum dimandikan kerana baru meninggal dunia disunatkan dia mendoakan yang baik-baik dan jangan mendoakan atau berkata-kata dengan yang tidak baik.
Diantara doa yang sangat elok dibaca ketika itu ialah :
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ الْمُقَرَّبِينَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
Artinya : “Ya Allah ampunilah baginya dan angkatkan darjatnya pada orang-orang yang mendapat pertunjuk dan orang-orang yang hampir dengan Tuhannya dan jadilah sebagai pengganti bagi kaum keluarganya yang ditinggalkannya dan ampunilah bagi kami dan baginya wahai Tuhan sekelian alam. Dan luaskanlah baginya di dalam kuburnya dan terangilah baginya didalam kuburnya.”
Telah diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. berkata ia :
دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ، فَأَغْمَضَهُ، ثُمَّ قَالَ: «إنَّ الرُّوحَ إذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ. فَضَجَّ النَّاسُ مِنْ أَهْلِهِ، فَقَالَ: لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إلَّا بِخَيْرٍ، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ. ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ الْمُقَرَّبِينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَأَفْسِحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ»
Artinya : “Rasulullah saw telah hadir atas Abu Salamah ketika beliau baru meninggal dunia maka menutup olehnya akan mata Abu Salamah kemudian bersabda : Sungguhnya ruh itu apabila telah dicabut nescaya mengikutinya oleh penglihatan.
Lalu kaum keluarganya menjadi riuh maka Rasulullah saw bersabda : Jangan kamu sekelian mendoakan atas diri kamu melainkan kebaikkan maka sungguhnya para malaikat itu mengaminkan atas apa yang kamu katakan.
Kemudian Rasulullah saw berdoa :
Ya Allah ampunilah bagi Abi Salamah dan angkatkan darjatnya pada orang-orang yang mendapat pertunjuk dan orang-orang yang hampir dengan Tuhannya dan jadilah sebagai pengganti bagi kaum keluarganya yang ditinggalkannya dan ampunilah bagi kami dan baginya wahai Tuhan sekelian alam. Dan luaskanlah baginya di dalam kuburnya dan terangilah baginya didalam kuburnya.” (Hadith riwayat Muslim)
Dan boleh juga dibacakan pada ketika itu doa-doa yang lain yang elok maknanya untuk kebaikkan mayat dan kaum keluarganya.
Berkata Imam Nawawi :
فِيهِ اسْتِحْبَابُ الدُّعَاءِ لِلْمَيِّتِ عِنْدَ مَوْتِهِ وَلِأَهْلِهِ وَذُرِّيَّتِهِ بِأُمُورِ الْآخِرَةِ وَالدُّنْيَا
Artinya : “Pada hadith ini disunatkan berdoa bagi mayat ketika matinya dan bagi keluarganya dan anak cucunya dengan segala hal akhirat dan dunia.” (Kitab Syarah Muslim)
Suumber: Ustaz Azhar Idrus