≡ Menu

Hukum Tulis Nama Atas Kubur

TULIS NAMA ATAS KUBUR

SOALAN :

Ketika saya ziarah suatu tanah perkuburan saya nampak kebanyakkan kubur ada ditulis nama penghuninya.

Apakah hukumnya menulis nama di atas kubur seperti itu?

JAWAPAN :

Bermula hukum menulis nama di atas kubur ini berlaku perselisihan pendapat dikalangan ulamak yaitu jumhur ulamak memakruhkannya dan sebahagian lagi ulamak mengharuskannya jika kerana hajat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

واختلف الفقهاء أيضاً في الكتابة على القبر. فذهب المالكية والشافعية والحنابلة إلى كراهة الكتابة على القبر مطلقاً لحديث جابر. وذهب الحنفية والسبكي من الشافعية إلى أنه لا بأس بالكتابة إن احتيج إليها

Artinya : “Dan berselisih oleh fuqahak juga pada hukum menulis nama di atas kubur. Maka berjalan mazhab Maliki dan Syafie dan Hanbali kepada makruh menulis di atas kubur secara mutlak kerana hadith Jabir.
Dan berjalan oleh mazhab Hanafi dan Imam As-Subki dari ulamak mazhab Syafie kepada bahawa tidak mengapa menulis di atas kubur jika berhajat kepadanya.”

Yang dimaksudkan harus menulis nama di atas kubur kerana hajat itu ialah menulis nama simati sahaja dengan tujuan supaya dikenali oleh orang yang datang menziarahi atau lainnya.

Ada pun menulis ayat Quran atau nama-nama Allah di atas kubur itu dilarang kerana boleh jadi dilangkah orang atau dipijak atasnya dan begitu juga tidak boleh menulis nama si mati kerana berbangga-bangga atau semisalnya.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr :

وإن كانت الكتابة للفخر والمباهاة فهى مذمومة قطعا

Artinya : “Dan jika adalah menulis nama atas kubur itu kerana berbangga-bangga atau menunjuk-nunjuk maka ia adalah dicela sama sekali.” (Darul Ifta Mesir)

BACA:  Hukum Mengambil Upah Mengajar Al-Quran

Telah menyebut oleh Al-Azra’ie :

وأما الكتابة فمكروهة ـ سواء كان المكتوب اسم الميت على لوح عند رأسه، أو غيره ـ هكذا أطلقوه والقياس الظاهر تحريم كتابة القرآن سواء في ذلك جميع جوانبه، لما فيه من تعريضه للأذى بالدوس والنجاسة والتلويث بصديد الموتى عند تكرار النبش في المقبرة المسبلة، وأما غيره من النظم والنثر فيحتمل الكراهة والتحريم للنهي، وأما كتابة اسم الميت فقد قالوا إن وضع ما يعرف به القبور مستحب

Artinya : “Dan ada pun menulis nama atas kubur itu makruh ia samada yang ditulis itu nama si mati atas papan disebelah pihak kepalanya atau lainnya. Seperti inilah mereka memutlakkan hukumnya. Dan qias yang zahir ialah diharamkan tulis ayat Quran samada pada keliling kubur kerana ada padanya mendedahkannya kepada dikotori dengan pijakan atau najis atau berlumur dengan danur mayat ketika berulang kerja menggali pada tanah perkuburan yang diwakaf. Dan adapun lain daripada ayat Quran seperti nazam dan perkataan lain maka ditanggung akan makruh dan haram kerana larangan.
Dan adapun menulis nama simati maka sungguhnya berkata fuqahak jika diletak bertujuan supaya dikenali dengannya akan kubur maka ia suatu yang elok.”

KESIMPULAN

Dimakruhkan menulis sesuatu di atas kubur di sisi jumhur ulamak.

Sebahagian ulamak mengharuskan menulis nama simati di atas kubur jika bertujuan supaya dikenali akan empunya kubur.

Dilarang menulis nama simati di atas kubur jika bertujuan bermegah-megah atau bertujuan mencantikkan kubur.

Dilarang menulis ayat Quran atau nama Allah atau seumpamanya yang dimuliakan kerana dibimbangi tercemar dengan sebab dilangkah manusia atau dipijak atau diduduk atasnya.

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

BACA:  Hukum Membaca Al-Quran ke Atas Jenazah
Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel