≡ Menu

Bolehkah Meletakkan Buku Agama Di Atas Mushaf Al-Quran

Bolehkah Meletakkan Buku Agama Di Atas Mushaf Al-Quran

Al-Quran adalah kalam Allah yang sangat istimewa dan kemuliaannya dijaga sehingga hari akhirat. Ia adalah ‘sahabat’ yang akan sentiasa berada di sisi manusia sebagai panduan untuk kehidupan di muka bumi ini.

Imam Hasan al-Banna berkata – “Al-Quran adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya.”

Disebabkan itu, kita dituntut untuk menghormati dan mengagungkan Al-Quran walau dengan sekecil-kecil perkara.

Sebagai contoh, ulama berpendapat bahawa amalan mencium Al-Quran selepas membacanya dibolehkan, dengan syarat niat yang diletakkan adalah untuk menghomatinya serta bukan kerana taksub yang boleh menyebabkan akidah lari.

Salah satu cara lain untuk mengagungkannya adalah dengan menyusunnya dengan susunan yang terbaik. Jangan letakkannya di paras yang lebih rendah atau tertindih dengan mana-mana buku serta barang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Namun, dalam hal ini, adakah dibolehkan jika Al-Quran ditindih dengan buku atau kitab-kitab agama?

Dalam hal ini, ulama menyebut bahawa kedudukan Al-Quran perlu diletakkan lebih tinggi berbanding dengan barang atau kitab lain.

Hal ini kerana, ia adalah kalam Allah dan petunjuk kepada semua manusia yang perlu dimuliakan. Perbuatan ini juga termasuk sebagai salah satu bentuk takwa kepada Allah.

Imam Baihaqi menyebut:

وَمِنْهَا : أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ، وَلَا ثَوْبٌ ، وَلَا شَيْءٌ

BACA:  Mari Amalkan : 51 Amalan Sunah Rasulullah S.A.W

Maksud: “Dan sebahagian dari adab dengan Al-Quran adalah tidak diletak di atasnya akan kitab yang lain. Dan tidak harus juga meletak pakaian atau suatu benda lain di atasnya.” (Kitab Syua’bul Iman)

Justeru, walaupun ia adalah kitab agama atau hadis, tidak boleh meletakkannya di atas Al-Quran. Kedudukan Al-Quran perlu diletakkan lebih tinggi atau yang paling atas.

Namun, jika Al-Quran disusun di atas Al-Quran yang lain, ia adalah dibolehkan. Hal ini ada disebut oleh Imam Baihaqi lagi:

Maksud: “Melainkan di situ ada dua buah Al-Quran, maka diletakkan salah satunya atas yang satu lagi, maka hukumnya adalah harus.” (Syu’abul Iman)

Wallahu a’alam

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel