≡ Menu

2 Cara Ini Berkesan Membantu Anda Memperbaiki Solat Walau Dalam Keadaan Sibuk

“Allahuakbar”

Lalu lintasan-lintasan yang pelbagai mula menyusup masuk ke dalam minda ketika kita mengangkat takbir untuk solat. Emel pelanggan yang masih belum dibalas. Laporan bulanan belum siap. Panggilan telefon yang belum dibuat dan bermacam-macam lagi. Saya akui saya sendiri sukar untuk khusyuk jika dalam keadaan begitu.

Dr Mohannad Hakim, seorang penceramah motivasi dari Michigan ada berkongsi tips yang sangat bagus tentang hal ini. Kata beliau, dua perkara yang dapat membantu kita untuk menjaga kualiti solat walau dalam keadaan sibuk ialah; Solat Istikharah dan Minta Bantuan Dari Allah. Mudah bukan?

Solat Istikharah

Asal bagi perkataan istikharah ialah daripada perkataan خير yang membawa makna kebaikan. Penambahan huruf Alif,Sin dan Ta’ menambah lagi maknanya. استخار membawa makna memohon pilihan. Inilah yang dinyatakan oleh Ibnu Munzir di dalam Kitab Lisan al-Arab – Rujuk Kitab Lisan al-Arab (4/264)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Riwayat daripada Jabir Bin Abdullah :

Maksudnya : “Rasulullah SAW pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarkan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu.

Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung.

Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut.

BACA:  Hukum Qadha Bagi Seseorang Yang Meniggalkan Solat Dengan Sengaja

Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya.

Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”
Riwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383).Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sahih gharib

Solat Istikharah bukan hanya dalam urusan jodoh sahaja sebenarnya, bahkan boleh dilakukan bagi setiap urusan. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bukankah setiap hari kita akan membuat pilihan untuk setiap perkara yang ingin kita lakukan. Usah meremehkan pilihan walaupun pilihan tersebut terlihat kecil.

“Hari ni nak masak lauk atau nak beli”
“Jalan mana boleh mengelak jam”
“Kerja mana yang perlu dilakukan dahulu”

Kesemua perkara ini mungkin senang ditentukan apabila minda kita dalam keadaan lapang, tetapi jika jadual harian mula terasa seolah-olah ‘menjerut leher’, pada waktu inilah istikharah dapat membantu. Allah akan membantu dalam setiap pilihan yang akan dibuat sehingga masa kita tersusun dan kualiti solat kita juga tidak terganggu.

Minta Bantuan Dari Allah

Allah berfirman dalam Surah Al-Fatihah yang kita baca setiap kali solat iaitu:

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”

Hal ini ditegaskan lagi dalam hadis Rasulullah SAW:

“Hendaklah salah seorang di antara kalian meminta seluruh hajatnya pada Rabbnya, walaupun itu adalah meminta dalam hal tali sandal yang terputus.”
(Diriwayatkan oleh Anas bin Malik dari Kitab Jami’ At-Tirmizi – Hadis ini dinilai sahih)

Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan Allah mempunyai sebanyak-banyak kuasa untuk membantu. Usah membawa beban dan kesibukan seharian ke sana ke mari hingga menjejaskan diri dan kualiti solat kita. Bina komunikasi dengan Allah walau di mana kita berada, seolah-olah kita sentiasa bercakap dan meminta panduan Dia. Minta bantuan dari Allah supaya kita dapat menyusun urusan dan membuat keputusan dengan jalan yang terbaik, InsyaAllah!

BACA:  Bolehkah Isteri Melakukan Iqamah Ketika Solat Berdua Bersama Suami

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel