#1- Melakukan Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardu (Solat Sunat Rawatib)
Umum mengetahui bahawa Solat Sunat Rawatib dapat menampung kekurangan solat fardhu. Dalam petikan hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah berkata;
“Lihatlah kalian pada solat hambaKu, apakah sempurna ataukah memiliki kekurangan? Jika solatnya sempurna, maka akan dicatat baginya pahala yang sempurna. Namun, jika solatnya terdapat beberapa kekurangan, maka lihatlah kalian apakah hamba-Ku memiliki amalan solat sunnah?”
#2- Membaca Al-Quran
“Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran…”(Surah Al-Muzzammil, 73:20)
#3- Berdoa Dan Mengingati Allah Selepas Solat
Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:
يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.”
Riwayat al-Tirmizi ( 3499).Beliau (Imam al-Tirmizi) berkata :Hadis ini adalah hadis Hasan.
#4- Zikir Pada Waktu Pagi Dan Petang
“Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur” (Surah Al-Rum, 30:17-18)
#5- Solat Tahajud
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagi suatu ibadat tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kami ke tempat yang terpuji.” (Surah Al- Isra’, 17: 79)
Daripada Abu Umamah: Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah SAW menjawab:
جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ
Maksudnya:”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”
#6- Solat Dhuha
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ia berkata;
‘‘Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti. Iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir’.” Hadis Riwayat Bukhari
#7- Doa Sebelum Tidur
“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari, Sahih al-Bukhari, 6/190)
Sumber: Tazkirah.net