≡ Menu

Hukum Menelan Sisa Makanan Di Dalam Mulut Ketika Sedang Solat

Hukum Menelan Sisa Makanan Di Dalam Mulut Ketika Sedang Solat

Antara perkara yang boleh membatalkan solat adalah makan dan minum ketika solat. Ia adalah perkara yang ditegah kerana boleh mengganggu kekhusyukan terhadap solat.

“Makan dan minum merupakan perkara yang ditegah di dalam solat. Oleh itu, sekiranya seseorang makan dengan sengaja ketika sedang bersembahyang, maka batallah solatnya sama ada banyak atau sedikit. Dan sekiranya ia makan dalam kuantiti yang sedikit kerana terlupa atau jahil, maka tidak batal solatnya. Dan sekiranya, dalam kuantiti yang banyak, maka batal solatnya.” (Al-Mu’tamad fi al-Fikh al-Syafi’e, 1/230)

Dan aktiviti yang hanya boleh dilakukan di dalam solat adalah berdasarkan perbuatan yang dibenarkan sahaja seperti rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud.

Bagaimanapun, ada sesetengah situasi yang kadang-kadang kita sendiri tidak dapat lari darinya, iaitu sisa makanan yang terlekat di celah gigi.

Jadi, apabila sedang berada di dalam solat, adakah batal solatnya jika tertelan sisa makanan tersebut?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam hal ini, ulama berpendpaat bahawa sekiranya tertelan sisa makanan dalam kuantiti yang sedikit, maka ia tidak membatalkan solat.

Namun, jika ia dalam kuantiti yang banyak sama ada secara sengaja mahupun tidak, maka hukumnya adalah batal.

Adalah lebih baik untuk memberhentikan solat terlebih dahulu dan berkumur-kumur bagi menghilangkan sisa makanan tersebut.

Atau boleh juga mengambil pendekatan bersugi atau menggosok gigi selepas makan agar tidak menimbulkan keraguan kepada ibadah yang bakal dilakukan.

Imam Nawawi ada menyebut – “Dan sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya secara sengaja, maka batal solatnya tanpa ada khilaf fuqaha’.

BACA:  “Anda Melaksanakan Solat Tetapi Akhirnya Anda Ke Neraka” Kerana 5 Perkara Ini

Selain itu, sekiranya menelan sesuatu yang sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dengan makanan tanpa sengaja atau menelan kahak yang sukar untuk menghalangnya, maka tidak membatalkan solatnya.” (Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 4/90)

Wallahu a’alam

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel