2 tabiat perempuan bawa ke neraka

March 14th, 2012 | 9:44 pm | Tazkirah | 19 responses

As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

  • Banyak beristighfar
  • Banyak bersedekah

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

 

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

d. Tuturkata/percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Sumber: Tokuban78’s Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Responses so far...(19)

  1. 1

    saya suka islam itu indah :)

  2. 2

    insyaallah org di bumi ini akan mengikut macam perkara yg dibuat oleh isteri2x nabi……………

  3. 3

    sesungguh nye islam itu indah sudah pasti akan ramai yg akan msk islam …………….insyallah………..

  4. 4

    insyAllah,, ingat2x :)

  5. 5

    bagaymn cr mnghdap orng tua yg sl’u meremehkan kt krn kt miski bhkn tega mngusir anak’y smntr kt blm bs pindah dr rmh itu ?pdhl suami q bk bngt dy slu brsh ngebahagiain istri&anak’y hnya saja kt blm mnjdi orng sukses

  6. 6

    Insya-Allah…akan diamalkan… byk btul dosa saya…

  7. 7

    Insya-Allah amalan berterusan bagi saya.

    Insya-Allah isteri saya dapat manfat dari baca article ini

  8. 8

    boleh tak saya copy paste ?

    • 9

      boleh :)

  9. 10

    indahnya menjadi seorang isteri jika dapat menyejukkan hati suami…

    • 11

      Betul hayati,

      Isteri yang menyejukkan hati suami akan menghilangkan segala kepenatan suami apabila pulang dari kerja disebabkan hati menjadi sangat senang melihat kebaikan isterinya.

  10. 12

    Ramai sangat dah perempuan mulut macam tu, kadang2 rasa mcm tak sengaja sebut sebab dah jadi kebiasaan.

    Bukan prempuan je, lelaki pun mcm tu jugak, lagi teruk pun ada. Huhuhu..

  11. 13

    admin , mohon copy

  12. 14

    Mohon share ye ustaz. Tk.

  13. 15

    salam ustaz, mcmana pula kalau suami yg bersikap sedemikian terhap isteri? mohon jelaskn, tk

  14. 16

    Na’uzubillah. Semoga banyak perempuan yang mampu menjaga diri saat ini

  15. 17

    Mohon pandangan ustaz, ramai juga wanita islam kita yg menutup aurat tp tdk sempurna. maksud saya elok berjubah segala tpi tidak bersetokin kaki, so nampak lah kaki. Ini kan pula yg bungkus aurat saja ?

  16. 18

    ilmu yg sangat bermanfaat…terima kasih dengan perkongsian ini….
    norehan saad recently posted..SELSEMA DAN TIPS ELAKKAN JANGKITAN

  17. 19

    Setiap hari cuba minta maaf ngan suami walaupun rasa-rasa tak buat salah.

Leave a Reply

CommentLuv badge