
Pada Persidangan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke 14 yang berlangsung pada hari ini, Yang Dipertuan Agong dan seluruh ahli parlimen berdiri untuk memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus perangi Covid-19.
Mereka telah tampil dengan penuh dedikasi. Pergorbanan mereka tidak mengenal erti penat dan tidak takut hinggakan nyawa dan kesalamatan diri menjadi taruhan untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Sebagai tanda peghargaan negara, marilah bersama-sama dengan beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara,” titah baginda
Yang di-Pertuan Agong dan semua Ahli Parlimen hari ini berdiri memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan perangi COVID-19. pic.twitter.com/dsMgvWDNVA
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 18, 2020
Seruan itu disambut baik ahli parlimen yang memberikan tepukan yang gemuruh sebagai tanda sokongan kepada barisan hadapan negara.
Sumber: siakapkeli.my
