≡ Menu

Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami, Siapa Lagi? Jangan Fikir Ego, Ini Kebahagiaan Bersama

Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami, Siapa Lagi? Jangan Fikir Ego, Ini Kebahagiaan Bersama

Jika isteri tak boleh tegur suami, maka siapa lagi yang boleh? Orang tua kita? Adik beradik kita?

Mereka tidak tinggal sekali dengan kita. Jika mereka tinggal sekali dengan kita pun, mereka tidak tahu perangai sebenar kita sebab kita tak tunjuk apa dan siapa diri kita yang sebenar pada mereka.

Tapi kita tunjuk pada isteri. Kita tinggal dengan isteri, kita tidur sekatil dan sebantal dengan isteri.

Jadi, Sekiranya Isteri Tegur Suami Itu Mencalarkan Ego Kita Sebagai Suami, Menjatuhkan Kedudukan Kita Sebagai Suami, Maka Siapa Lagi Yang Boleh Tegur Kita?

Sampai bila-bila kita takkan boleh memperbaiki diri, bermuhasabah diri andai kata tiada siapa pun yang boleh menegur diri kita sendiri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sentiasa merasakan diri tu betul dan sentiasa merasakan diri itu tidak salah maka, tunggulah saja teguran dari Allah SWT yang mana lebih dahsyat dan lebih besar kesannya daripada teguran dari orang-orang di sekeliling.

Ingatlah bebelan isteri atau peringatan isteri itu bukan ayat yang membosankan. Tapi itu tandanya dia sayang dan nak jaga suaminya dengan baik.

Andai satu hari nanti, tiada lagi ingatan atau pesanan dari orang yang paling dekat, pasti ia akan dirindui.

Buat isteri, anda juga harus sentiasa tahu suami adalah insan yang sentiasa susah senang bersama. Hargailah dia sebaiknya. Jangan selalu samakan kehidupan kita dengan orang lain.

Layarilah rumah tangga ini dengan penuh nilai kasih sayang dan berdoalah agar dipermudahkan urusan untk terus mencapai kebahagiaan dan rumah tangga sentiasa dirahmati Allah.

 

Sumber: kataustaz.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Bolehkah Seorang Muslim Melakukan Prank ?