≡ Menu

Solat Yang Tidak Khusyuk

Solat Yang Tidak Khusyuk

1. Menurut al-Imam Hasan al-Basri, solat yang tidak khusyuk memberikan petanda yang tidak baik buat seorang Muslim. Kata beliau:

قال الحسن البصري: “صلاة بلا خشوع هي إلى العقوبة أقرب

“Solat yang tidak khusyuk lebih dekat dengan azab Allah.”

2. Barangkali dengan sebab itu Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa salah satu ciri-ciri orang yang berjaya adalah mereka yang khusyuk solatnya. Firman Allah:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman. iaitu mereka yang mendirikan solat dalam keadaan khusyuk.” (al-Mukminun:1-2)

3. Al-Imam al-Ghazali memberikan pandangannnya mengapa terjadi sebegini. Kata al-Imam al-Ghazali:

ويقول الإمام الغزالي ر حمه الله : إن الرجل ليسجد السجدة يظن أنه تقرب بها إلى الله سبحانه وتعالى , ووالله لو وزع ذنب هذه السجدة على أهل بلدته لهلكوا ، سئل كيف ذلك ؟؟؟ فقال : يسجد برأسه بين يدي مولاه , وهو منشغل باللهو والمعاصي والشهوات وحب الدنيا

“Kata al-Imam al-Ghazali: Seorang lelaki sujud kepada Allah dengan menyangka sujudnya itu akan membawa dia lebih dekat dengan Allah sedangkan sekiranya diagihkan dosa lelaki yang bersujud itu kepada setiap ahli sebuah negeri, akan hancur negeri itu. Al-Ghazali ditanya: Mengapa terjadi sedemikian? Jawab beliau: Kerana dia sujud dihadapan Tuhannya sedangkan jiwanya sibuk dengan nafsu, maksiat, syahwat dan kecintaan kepada dunia.”

4. al-Imam Malik pernah menukilkan kisah seorang lelaki daripada Ansar yang menjual kebunnnya kerana kebunnya telah menyababkan dia lupa berapa rakaat yang telah dilaksanakan dalam solatnya. Kata lelaki tersebut:

BACA:  8 Cara Kreatif Untuk Anda Bersedekah

لقد أصابَتني في مالي هذا فتنةٌ

“Sesungguhnya harta aku ini telah menjadi fitnah (ujian yang melekakan diri dari solat). (al-Imam Malik, Muwatta’)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel