⭕Sebelum ni ramai kawan-kawan den yang start prihatin dengan kesihatan diorang.
⭕Ada yang da start jaga pemakanan dan ubah life style dengan memulakan senaman dan berhenti merokok dan vape.
⭕ Cuma ramai yang tanya den, macam mana den boleh dapat detect yang jantung den ada masalah.
⭕ Posting ni mungkin panjang, tapi den berkongsi laluan macam mana dari awal sehingga den ke IJN untuk rujukan den dan rujukan kawan-kawan den juga.
⭕ Sebenarnya ni Alhamdulillah sangat-sangat, setakat ni den tak pernah kena serangan jantung lagi, macam mana yang den dapat detect adalah disebabkan instict badan den sendiri. Den juga bersyukur seolah-olah diberi peluang kedua oleh Allah S.W.T kerana dapat detect awal.
⭕ Alhamdulillah juga functionality performance otot jantung den di tahap sihat sebab belum pernah kena serangan jantung. Andaikata seseorang itu mendapat serangan jantung, performance otot jantung tersebut akan jatuh mendadak, kesan daripada serangan tersebut akan mengakibatkan tisu-tisu otot jantung rosak.
⭕ Kita dah hidup lama dengan badan kita semestinya kita tau perangai badan kita, so disebabkan den rasa pelik dengan badan den, maka den cari punca masalah hingga ke lubang cacing.
⭕ Kira sepanjang proses ni, den banyak serah diri den untuk dianalisa dan diberikan rawatan sebelum sesuatu perkara buruk terjadi.
⭕Den lebih tumpukan kepada kaedah preventive daripada kaedah cure bila bermasalah terus, so lebih baik mencegah daripada mengubati.
⭕Ni den sertakan kronologi macam proses den masuk ke IJN:
🔹 Pada awal tahun ni, apabila den buat aktiviti yang melibatkan high intense yang tinggi, den akan sakit dada.
🔹Walhal pada tahun lepas, buat la apa aktiviti apa pun lari 10km ka, 15km ka, naik tangga 10 tingkat ka..rileks ja.
🔹Disebabkan den pakai smart watch yang boleh monitor heart rate untuk setiap aktiviti den, dari situ yang den nampak simptom-simptomnya.
🔹Bila heart rate den naik ke 120 sahaja den akan sakit dada. Sakit dada tu macam kena cucuk benda tumpul tanpa henti, kalau den rehat, sakit tu hilang dah.
🔹Ada kawan yang bagitau macam angin, tapi bagi den..takkan angin simptomnya sama ja selalu.
🔹So den tanya kawan dan sepupu den yang bekerja sebagai doktor, diorang suspek den menghidap stable angina
(https://www.healthline.com/health/stable-angina) dan suruh den buat further investigation.
🔹Den pergi ke klinik swasta untuk buat ECG, lepas buat ECG, doktor bagitau OK sahaja dan tiada maslaah, doktor cadangkan untuk buat Stress Test.
🔹Dalam masa yang sama, den pergi la buat medical checkup, dan didapati kandungan kolestrol den sangat tinggi iaitu 9. Penyakit2 lain macam kencing manis, fungsi paru-paru dan buah pinggang, darah tinggi semua tak ada, semua cantik…kecuali kolestrol.
🔹Masa ambil keputusan checkup tu, den bagitau masalah den bila den buat high intense aktiviti, den akan sakit dada, so doktor nasihatkan untuk buat further investigation, takut ada saluran tersumbat dengan kolestrol
🔹Den walk in ke Klinik Kesihatan Presint 18 di Putrajaya pada bulan Februari 2019, sebab apa den pilih sini sebab klinik sini mempunyai kelengkapan yang complete berbanding klinik-klinik kesihatan lain.
🔹Masa jumpa doktor di Klinik Kesihatan tu, den dah siap-siap puasa, so pagi tu memang doktor ambil darah dan x-ray, echo. Lepas tu set another appointment untuk dapatkan finalise keputusan.
🔹Makan masa kat 2 minggu juga untuk next appointment untuk doktor examine segala keputusan
🔹Lepas 2 minggu, doktor examine yg base on x-ray, ecg dan echo tak ada masalah tapi doktor Klinik Kesihatan terus buat surat refer ke Hospital Putrajaya untuk further investigation. Den pun terus set appointment untuk jumpa doktor di Hospital Putrajaya
🔹Lepas 2 minggu set appointment di Hospital Putrajaya, sekali lagi doktor buat cek darah, xray, echo dan ecg dan stress test.
🔹Appointment sekali lagi 2 minggu untuk jumpa doktor sekali lagi.
🔹 Genap 2 minggu, jumpa la semula doktor di Hospital Putrajaya, masa ni doktor tengok semua result dan didapati memang jantung den ada masalah sebab tengok corak rythm denyutan jantung tak cantik daripada rekod stress test.
🔹Doktor bagitau untuk confirmation, kena buat angiogram dan referkan den kat IJN. Hospital Putrajaya deal dengan IJN dengan dapatkan tarikh appointment.
🔹Pada tarikh appointment IJN tu…den pergi la sorang-sorang, inilah pertama kali den jejak kaki di IJN, cuak-cuak pun ada.
🔹Doktor di IJN tengok semua report dari Hospital Putrajaya dan setuju dengan laporan-laporan dan lampiran-lampiran, doktor di IJN terus set date untuk buat angiogram pada 8 Ogos 2019.
🔹Lepas selesai procedure angiogram tu la yang dapat detect ada blockage di kawasan yang kritikal dan set 2 minggu dari tarikh tu utk buat bypass operation.
🔹Kira secara total 8 bulan lamanya punya proses untuk investigation, dah la doktor IJN bagitau, masalah den tu umpama time bomb, anytime silap step…den boleh kena serangan jantung. Kira 8 bulan juga la badan den ni ada time bomb
⭕ Biasanya kes-kes yang tiba-tiba collapse tu asalnya kes macam den ni la, dari awal tak ada rasa apa-apa dan nampak sihat dan memang aktif bersukan serta jaga pemakanan, tiba2 collapse pasal heart attack dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, semua akan pelik sebab apa boleh dapat gitu.
⭕ Ingat‼️ plak yang telah wujud dalam saluran darah tu TIDAK akan hilang, ianya akan berkekalan sampai bila-bila, ianya tidak boleh dibuang dengan mengikis atau dengan memakan ubat. Struktur plak tu adalah mengeras di dalam saluran darah.
⭕ Salah satu cara untuk memudahkan pengaliran darah, apabila ada plak adalah dengan mengembangkan saluran darah menggunakan belon dan stent, dan diberikan ubat cair darah dan ubat kolestrol bagi mengawal kandungan kolestrol.
⭕ Dengan penjagaan kesihatan dan menjaga makanan, ianya akan membantu untuk tidak menambah plak di lokasi yg telah tersumbat dan penambahan plak dilokasi-lokasi lain.
⭕ Apa-apa pun ini semua ketentuan Allah S.W.T, setiap orang laluannya berbeza. Den doakan semua kawan-kawan den sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik-baik
⭕ Sudi-sudi kongsikan sekiranya anda dapat manfaat dari posting den ni
Sumber: Dhom Niddufias