≡ Menu

Sihir Pemisah Suami Isteri Jadi Benci Dikunci Nafsu Hampir Bercerai (Perubatan Islam)

Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perbalahan atau pergaduhan di antara mereka. Bagi suami dan isteri pula, penceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat.

Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk merosakkan hubungan orang dan dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.

Kisah Pasangan Terkena Sihir Pemisah
Seorang ustaz dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin telah berkongsi bagaimana pesakitnya seorang perempuan yang datang bersama suaminya untuk membuang sihir yang dialaminya iaitu sihir pemisah yang dikatakan hampir merosakkan rumah tangga mereka. Si isteri begitu membenci suami sehingga langsung tidak dapat bersama walaupun tinggal sebumbung.

Cara rawatan sihir pemisah pembenci jarah jauh
Benda atau tangkal yang dipercayai digunakan untuk membuat sihir pemisah hubungan pasangan suami isteri.
Pada minggu ini ramai yang datang kerana terkena sihir pemisah. Yang menyedihkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak 4 tahun langsung tidak dapat bersama. Apabila mereka ingin bersama tiba-tiba si suami tiada nafsu dan ianya berlarutan sehingga 4 tahun lamanya. Sebelum ini mereka sangkakan hanya penyakit biasa serta pergi mengurut dan dapatkan rawatan hospital, namun tiada sebarang perubahan.

Suami kerap kali menjadi seperti tiada nafsu apabila hendak bersama dan isteri pula menjadi cepat marah walaupun hanya perkara kecil berlakunya pergaduhan dan suamilah menjadi tempat isteri melepaskan kemarahan. walau bagaimanapun, apabila mereka berjauhan, isteri sangat-sangat merindui suaminya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Baca : Cara & Tips Sembuhkan Diri Sendiri Dari Gangguan, Sihir, Ilmu Hitam dan Santau.

BACA:  Urusan kahwin patut dipermudah

Ketika pasangan ini datang ke pusat perubatan rawatan Islam untuk mendapatkan rawatan, mengubati serta berikhtiar untuk membuang sihir. Si isteri secara tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas ustaz membuat bacaan Ruqyah terhadapnya sebagai cara merawat serta menyembuhkan sihir ini dan ustaz tersebut turut berkomunikasi dengan ‘benda’ yang telah merasuk ke dalam badan wanita itu tadi.

Saya : Kenapa kamu ganggu dia?

Pesakit : Dia milik aku! Aku tak akan buat dia bahagia sampai bila-bila! Aku akan buat suami dia benci dengan dia. Aku buat suami dia menjadi tiada nafsu dengan dia. Kerana aku sayangkan dia. Aku tak dapat dia, suami dia pun tak akan dapat dia sampai bila-bila.

Saya : Lepaskan dia bagi mereka bahagia, benda yang dah lepas biarkan dah lepas. Dia bukan milik kamu. Dia dah bersuami.

Pesakit : Aku tak akan lepaskan dia selagi dia (tunjuk ke arah suaminya) tak lepaskan dia. Jika dia ceraikan dia (isteri) baru aku akan lepaskan dia, kau faham atau tidak, lepaskan dia? (Sambil merenung tajam ke arah suaminya).

Aku tak akan bagi mereka bahagia dan mereka tak akan dapat zuriat sampai bila-bila haha. Aku kunci nafsu suami dia, aku buat isteri dia ini jadi benci dengan suaminya. Aku nak mereka bercerai. Bila mereka bercerai baru la aku rasa puas.

Tanpa berkata panjang saya teruskan rawatan membuang sihir ini, syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat keluarkan jin yang menumpang di badan wanita tersebut. Apabila si isteri sedar terus mereka berpelukan kesedihan. Suami isteri ini berpelukan sambil menitiskan air mata. Mereka tidak menyangka mereka terkena sihir pemisah pembenci ini akibat perbuatan sihir yang ditujukan kepada mereka suami isteri.

BACA:  Pasangan Jadikan Anda ‘Trofi’ Kemegahan? Cinta Sahaja Tidak Cukup

Tak putus-putus dari mulut si isteri memohon maaf pada suami kerana apabila beliau marah, ianya seolah-olah tidak dapat kawal perasaan. Bila marah seperti ada bisikan yang menyuruh minta cerai dari suaminya. Kadang-kadang suami tidak ada buat salah apa pun, perasaan nak marah dan jadi benci pada suami tanpa sebab.

sihir pemisah
Biasanya bomoh ilmu hitam dicari oleh mereka yang berniat jahat untuk merosakkan hubungan orang yang dikenalinya.
Hanya orang yang pernah alami sahaja yang tahu bila terkena sihir pemisah ini. Sihir pemisah juga boleh terjadi jika kita ada gangguan saka keturunan, sebabnya saka kebiasaannya akan amat menyayangi cucunya. Insha Allah nanti saya akan bercerita pula tentang saka.

Cerita di atas adalah kisah benar yang berlaku kepada pesakit saya. Tapi tak semua yang percaya. Hanya yang pernah mengalami dan mempunyai pengalaman sahaja yang tahu dan rasa penderitaannya. Jika lambat diubati atau tiada penawar untuk batalkan sihir pelalau ini ia boleh mengakibatkan perbalahan, penceraian, perpisahan, rumah tangga retak dan sebagainya.

Sihir pemisah ada banyak jenis sihir pemisah. Ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah pembenci kasih dan sayang dengan kekasih, cinta, tunang, sahabat, ibu dan anak, sihir pemisah dengan keluarga, sihir pelalau perkahwinan, perniagaan dan sebagainya. Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, sila lihat ciri-ciri atau tanda terkena sihir buatan orang dan kesan sihir seperti di bawah.

Tanda-tanda Terkena Sihir Pemisah

Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit
Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit
Kerap kembung perut, sendawa angin
Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita)
Kitaran haid tak normal
Lambat mendapat zuriat
Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri
Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
Ketika marah kerap meminta cerai
Tidak suka tidur bersama
Nafsu tiada terhadap suami atai isteri
Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri
Suka bersendiri di dalam bilik
Tidak suka tempat-tempat yang bising
Sukar atau susah tidur pada waktu malam
Kerap mimpi baby menyusu dan bermain bayi
Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
Kerap mimpi pasangan kita curang
Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
Kerap bermimpi tempat kotor busuk
Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
Bila berjauhan dengan pasangan perasaan rindu sayang amat-amat menebal
Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali
Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain
Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena sihir pemisah. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir atau dapatkan rawatan Islam berhampiran dengan anda untuk menghilangkan sihir ini, jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, hubungan dengan kawan, keluarga dan sebagainya.

BACA:  Orang Ketiga – Hukum Merosakkan Rumah Tangga Orang Lain

Berikutnya kami kongsikan ayat pembatal sihir atau bacaan doa untuk mengelakkan sihir seperti terkena sihir santau, gangguan jin dan saka yang boleh dijadikan sebagai penawar terbaik untuk mengatasi sihir daripada Penawar Sihir As-Syifa dan disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel