≡ Menu

Sarawak Sahkan 2 Lagi Kematian Akibat Covid-19 – Pengurusan Bencana Sarawak

Sarawak Sahkan 2 Lagi Kematian Akibat Covid-19 – Pengurusan Bencana Sarawak

Hari ini, Sarawak telah mencatat pertambahan kes sebanyak 10 kes baharu positif Covid-19 melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Hal ini menjadikan jumlah kes di Sarawak meningkat kepada 68 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.

Menerusi kenyataan media ini, pada hari ini sebanyak 37 kes baharu Person Under Investigation (PUI) jangkitan Covid-19 yang dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 751 kes. Bagaimanapun, 711 daripada angka tersebut adalah negatif dan 40 kes PUI masih menunggu keputusan.

Dukacita dimaklumakan bahawa, Sarawak telah merekodkan (2) dua lagi kes kematian akibat Covid-19 pada hari ini. Ia menjadikan jumlah mangsa terkorban meningkat kepada tiga orang.

Maklumat mangsa terkorban

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mangsa yang meninggal dunia pada hari ini merupakan seorang ibu dan anak dari keluarga yang sama. Masing-masing berusia 70 tahun dan 40 tahun. Mangsa pertama disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020 pada pukul 2 pagi manakala mangsa kedua dilaporkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 pukul 1 petang.

Seorang lagi mangsa daripada keluarga yang sama masih dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Sarawak Sahkan 2 Lagi Kematian Akibat Covid-19 – Pengurusan Bencana Sarawak

 

Sumber: siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Abubacarr Jadi ‘Hero’ Etnik Rohingya, Berjaya Heret Aung San Suu Kyi Ke Mahkamah Dunia