≡ Menu

Kes COVID-19 Dijangka Terus Meningkat, 2 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam

Kes COVID-19 dijangka meningkat, 2 kematian dalam tempoh 24 jam

Dukacita dimaklumkan, sepanjang tempoh 24 jam lalu, dua (2) kematian kes COVID19 dilaporkan.

Kes kematian ketiga telah dimaklumkan malam tadi di Twitter KKMPutrajaya.

Kes kematian keempat melibatkan kes ke-238, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun.

Beliau adalah daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hsptl Melaka pada 12 Mac.

Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 10.30pagi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pada jangkaan KKM, kes akan meningkat pd minggu depan.

KKM mohon ahli-ahli tabligh untuk tampil ke depan bagi tujuan saringan kesihatan

Dalam perkembangan lain, KKM tidak boleh mendedahkan maklumat seseorang pesakit kepada orang ramai tanpa mendapatkan persetujuan daripadanya.

Sehingga kini, 19 kakitangan KKM dan 5 petugas dari fasiliti kesihatan swasta disahkan positif COVID19.

Dalam pada itu, 500 gelandangan di Kuala Lumpur akan dibawa ke satu tempat yang sudahpun dikenal pasti bagi tujuan saringan.

 

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Berita Sedih dari Tanah Suci Kepada Bakal Jemaah Umrah & Haji