≡ Menu

Pengambilan Vaksin Covid 19 Adalah Harus, Wajib Diambil Oleh Golongan Ditetapkan Kerajaan – Mufti Wilayah

Pengambilan Vaksin Covid 19 Adalah Harus, Wajib Diambil Oleh Golongan Ditetapkan Kerajaan – Mufti Wilayah

Bekalan Vaksin Covid-19 akan diterima oleh Malaysia tidak lama lagi iaitu pada Ahad hadapan, 21 Februari 2021.

Perkhabaran ini masih menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, terutama penganut beragama Islam yang sangat menitikberatkan hukum halal haram pengambilan suatu bahan tidak kira makanan, minuman atau ubatan.

Namun perlu diketahui bahawa pihak Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan hukum pengambilan vaksin ini. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020 di mana hukum penggunaan Vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Vaksin bukanlah hal yang asing dalam dunia perubatan di Malaysia. Penggunaannya juga selari dengan anjuran dan firman Allah yang menggesa manusia supaya melindungi diri daripada bahaya dan kebinasaan.

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah Al-Baqarah 2:195)

Justeru, penggunaan Vaksin Covid-19 ini tidak perlu ditakuti kerana ia juga telah diuji secara klinikal dan akan dikawal selia oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menegaskan bahawa semua vaksin mempunyai kesan sampingan namun kesan sampingan itu tidak teruk dan berbahaya contohnya loya dan demam. Tambahan pula, setakat data yang diterima, tidak ada kesan serius terhadap vaksin tersebut.

BACA:  TERKINI: 140 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan Meningkat Kepada 2,766 Kes

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini mengandungi tiga fasa dan akan bermula pada 26 Februari 2021.

Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan via tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel