≡ Menu

Rukyah – Salah Satu Perubatan Islam Untuk Pesakit Yang Dirasuk

 

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyebut perkataan ‘syaitan’ sebanyak 70 kali, manakala ‘iblis’ sebanyak 11 kali dan juga ‘jin’ sebanyak 14 kali.

Makhluk halus ini merupakan antara penyebab mengapa manusia dirasuk atau diserang histeria, bergantung kepada kenapa dan sebab seseorang itu dirasuk.

Histeria bukanlah perkara gurauan, malah ia merupakan realiti yang benar-benar terjadi dalam masyarakat bukan sahaja Melayu malah bangsa lain juga bergantung kepada kepercayaan yang dipegang.

Ia sendiri merujuk kepada keadaan seseorang yang dirasuk oleh jin sehingga mengakibatkan berlakunya tindakan luar biasa disebabkan oleh hilangnya kewarasan akal.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut Ibn Al-Qayyim dalam kitab at-Tibb al-Nabawi, sakit histeria ini berlaku akibat roh-roh jahat yang berupa jin atau syaitan menyerang roh manusia sehingga memberikan kesan buruk kepada fizikal.

Jin dan syaitan ini boleh menyerang melalui aliran darah manusia sehingga boleh mengawal mereka dengan menyesatkannya melalui perbuatan di luar kawalan.

Malah, menurut perbahasan beberapa ulama’ lain menyebut bahawa jin dan syaitan ini adalah makluk halus yang tidak berjasad, maka mereka berupaya memasuki badan manusia melalui aliran darah atau angin.

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ

Maksud: “Sesungguhnya syaitan berjalan pada anak manusia seperti jalannya darah pada peredarannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2038)

Malah, kita melihat banyak kes dan juga berita kebanyakan isu histeria yang berlaku di sekolah atau kawasan asrama terjadi terhadap mereka yang lemah semangat, cakap besar atau pelajar perempuan yang di dalam keadaan haid.

BACA:  Mengenal Pasti Rawatan yang Salah di Sisi Agama

Mengapa mereka lebih banyak menyerang golongan ini? Hal ini kerana, jin dan syaitan suka akan benda-benda yang kotor atau cenderung untuk menganggu mereka yang kurang dekat dengan Al-Quran atau zikir.

Melalui kelalaian tersebut, laluan untuk masuk ke dalam badan manusia lebih mudah kerana tiada hijab yang kukuh untuk menghalangnya.

Tambah golongan ilmuwan lagi, mereka yang pernah dirasuk, cenderung untuk terkena lagi kerana laluan itu sudah pernah ada jika ia tidak ditutup dengan ayat Al-Quran atau zikir-zikir yang mendekatkan diri kepada tuhan dalam erti kata lain tidak berubah.

Lain pula bagi mereka yang dirasuk disebabkan santau atau perbuatan jahat manusia lain. Ia memerlukan rawatan yang lebih lanjut dan rapi kerana makhluk ini cenderung untuk ‘menyempurnakan misi’ yang diberikan oleh tuannya.

Menurut pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman, Muhammad Firdaus Tokimin, mereka yang dirasuk akibat santau perlu mendapatkan rawatan susulan kerana ia biasanya susah untuk diberhentikan.

Selalunya, pakar-pakar perubatan Islam ini akan menggunakan rawatan rukyah kepada pesakit bagi mengeluarkan dan menutup sepenuhnya laluan yang telah terbuka itu.

Apa Itu Rawatan Rukyah

Rukyah atau nama penuhnya ialah rukyah syariah merupakan keadah jampi atau perubatan yang bersandarkan kepada hukum-hakam Islam. Ia adalah rawatan yang didasari Al-Quran dan As-Sunnah.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Mafhum: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Al-Isra’, 17:82)

BACA:  Kesan Saka Pada Kehidupan dan Tips Rawatan

Ia juga dikenali sebagai at-Tibb an-Nawawi, iaitu salah satu cara perubatan Rasulullah. Nabi SAW membolehkan amalan ini selagi mana ia tidak melanggar syariah atau mengandungi perbuatan-perbuatan syirik.

Imam Syauqani berkata: “Harus merukyah dengan kitab Allah SWT dan diikuti dengan zikir dan doa-doa yang ma’thur. Boleh juga doa yang tidak ma’thur selagi mana tidak bertentangan dengan yang ma’thur.” (Nail al-Autar, 10/440) (Ma’thur di sini bererti doa yang kerap dibaca oleh Nabi SAW).

Di Malaysia sendiri, banyak pusat rawatan Islam yang ditubuhkan bagi membantu menangani masalah ini. Antara yang terkenal ialah Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Darussyifa’, Pusat Rukyah Hijrah dan banyak lagi.

Ayat rukyah ini boleh mengesan jin yang berada di dalam badan dan bersarang di kawasan rumah kita. Jin yang memasuki badan akan bergerak melalui saluran darah kita.

Oleh itu, sejurus dirukyah, ia akan menyakiti jin yang bersarang dengan menyebabkan keadaan mereka kucar-kacir. Ia sekali gus akan mengakibatkan degupan jantung bertambah kencang.

Berbeza dengan mereka yang terkena sihir atau santau, ia akan membuatkan seseorang itu mudah merasa mengantuk manakala untuk mereka yang ada saka akan terasa panas di bahagian-bahagian tertentu.

Antara petanda lain yang mungkin berlaku ialah badan akan bergegar, terasa ada benda yang bergerak di bawah kulit, gelisah dan tak senang duduk.

Disebabkan itu, kebanyakan pakar perubatan Islam menasihatkan agar ayat-ayat rukyah ini dipasang secara berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang diingini dan seeloknya dilakukan di bawah pantauan dan pengawasan mereka yang pakar.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
Terapi Ruqyah: Pendinding Diri Daripada Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan oleh Rohidzir Idris

BACA:  Asyik Terlupa Aje, Cuba Amalkan Doa Ini. Doa Untuk Menguatkan Ingatan Dan Memulihkan Dari Nyanyuk

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel