≡ Menu

Rahim Boleh Kecut dengan Sendiri Selepas Bersalin, Buat Apa Nak Telan Produk?

Rahim akan mengecut dengan sendirinya dan boleh dirasa kalau ditekan dalam sedikit pada bawah aras pusat. Bila? – 48 jam lepas bersalin

Rahim takboleh lagi dirasa, sebab rahim dah mengecut dan mengecil dan kembali kepada kedudukan asalnya di belakang tulang simphisis pubis. Bila? – hari ke 14 selepas bersalin

Rahim akan kembali kepada keadaan asalnya seperti sebelum mengandung, mungkin besar sedikit sahaja dari keadaan sebelum mengandung. Bila? – selepas 6 minggu bersalin

Sejurus sahaja selepas bersalin berat rahim menjadi lebih kurang 1 kg. Selepas 6 minggu bersalin, berat rahim berkurang menjadi berat asalnya 50-150gm

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

 

Perubahan rahim selepas bersalin ini berlaku dengan sendirinya. Body kita boleh buat sendiri, tanpa bantuan apa-apa ubatan/ produk.

Tak perlu bazir duit ambil apa-apa produk atau ubat yang katanya boleh kecutkan rahim selepas bersalin. Tak perlu juga urut-urut rahim untuk kecutkan rahim masa berpantang. Tak perlu pakai bekung untuk kecutkan rahim. Proses rahim mengecut ini adalah secara semula jadi, body kita tau dah nak buat apa. Hebat sangat dah aturan Allah

Benda boleh kecut sendiri, buatpe nak telan produk ?

 

Sumber: Muhammad Izzat

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Orang Yang Suka Mandi Lama Tak Bahagia Dalam Hidup – Kajian