≡ Menu

Pendekatan Dakwah Mufti Wilayah Persekutuan

Pendekatan Dakwah Mufti Wilayah Persekutuan

Tidak dinafikan, pada zaman sekarang ini merupakan zaman ledakan maklumat di media sosial hingga terlalu mudah untuk mendapatkan maklumat dengan pantas. Kiranya semua maklumat termasuk hukum-hakam agama boleh dicapai akses di hujung jari sahaja.

Tetapi harus diingat, dengan segala macam maklumat yang pelbagai tanpa tapisan, boleh sahaja menimbulkan kekeliruan bagi sesiapa yang melayarinya lebih-lebih lagi bagi orang awam yang tiada asas ilmu agama.

Justeru itu dengan melihat kepada keperluan dan tuntutan semasa. Satu lagi gerak kerja telah dilakukan oleh Dato’ Seri Dr. Mufti dalam mendekati masyarakat.

Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamadal-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan 10 ruangan di dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab permasalahan agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ruangan itu adalah;

#1- Bayan Linnas – Kenyataan umum kepada masyarakat awam berhubung isu nasional.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#2- Irsyad Fatwa– Kenyataan berhubung isu-isu agama bersifat semasa.

#3- Al-Kafi li al-Fatawi – Kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.

#4- Irsyad Usul Fiqh – Kupasan permasalahan Usul al-Fiqh.

#5- Irsyad al-Hadith – Kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah.

#6- Tahqiq Al-Masa’il – Khusus dalam memberikan penjelasan yang tuntas bagi setiap bentuk permasalahan yang menjadi khilaf yang muktabar.

#7- Al-Afkar – Solusi akidah dan pemikiran semasa.

#8- Bayan Li Al-Haj – Penjelasan Fiqh Tetamu Ar-Rahman.

#9- Tashih Al-Mafaahim – Kolum penyelesaian kepada isu pelampau dan ekstremisme agama.

#10-Bayan Al-Falak – Lebih kurang sama dengan Bayan Linnas tetapi lebih fokus kepada hal yang berkaitan Falak.

BACA:  Abu Zayd Al-Balkhi: Tokoh Psikologi Pertama Dunia

Untuk melihat fatwa-fatwa di atas, boleh sahaja lihat dan layari dalam laman web ini

Namun begitu, penulisan di laman web tersebut bukan menjadi satu-satunya cara Dato’ Seri Dr. Mufti membantu masyarakat dalam menyebarkan ilmu selain beliau turut hadir memberi kuliah atau ceramah di masjid.

Di tambahkan pula tak semua dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat pada masa kini mempunyai kelapangan untuk melayari media sosial dan juga laman web pihak berwajib serta berauroriti dalam agama bagi mendapatkan jawapan bagi isu-isu keagamaan dengan tepat dan sahih.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamadal-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan bersama-sama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengorak langkah dengan mengwujudkan Klinik Hukum “Irsyad Al-Fatawi Wa Al-Ahkam (Ifa)”.

Klinik IFA atau lebih dikenali sebagai Klinik Hukum ini telah mula dilancarkan beberapa tahun yang lalu tepatnya pada hari Jumaat 18 November 2016.

Klinik Hukum ini akan dijalankan beberapa kali dan berkala dalam sebulan di masjid-masjid dan Surau Diri Jumaat terpilih seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 12.00 tengari hingga 1.00 tengahari pada hari Jumaat. Atau lebih kurang sejam sebelum masuknya waktu solat Jumaat.

Klinik Hukum ini akan dikendalikan oleh panel-panel yang berkelayakan dan didatangkan khas daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyantuni masyarakat. Sebarang persoalan keagamaan, nasihat atau apa sahaja panduan boleh diajukan terus kepada panel Klinik Hukum bagi mendapatkan jawapan.

Andai ada soalan yang tak terjawab disebabkan keterbatasan waktu, InsyaAllah akan dijawab di Page Facebook Mufti Wilayah Persekutuan.

Di mana ada borang dan tabung soalan disediakan semasa program Klinik Hukum ini berlangsung. Apa yang perlu dilakukan, hanyalah menulis soalan dengan terang dan jelas sahaja.

BACA:  30 Orang Yang Pertama Dalam Islam

Dengan erti kata yang lain, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kini lebih banyak turun ke lapangan bagi mendekati masyarakat di samping melalui tulisan-tulisan Dato’ Seri Dr. Mufti sendiri di lawan web rasmi beliau.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan olehnya seperti menjadikan institusi fatwa sebagai satu institusi yang responsif terhadap isu-isu agama yang berlaku.

Di samping pintu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja bagi berbincang dan mendengari segala permasalahan termasuklah di kalangan non-Muslim andai ada kekeliruran tentang Islam atau apa-apa sahaja isu berkaitan.

Mereka yang inginkan maklumat atau berbincang, boleh sahaja menghubungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya di talian 03-8870 9000 untuk pertanyaan atau datang terus ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang bertempat di Putrajaya. Wallahualam.

Rujukan;
i) Page Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
ii) Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel