≡ Menu

Perlukah Bersolat Ketika Keluar Air Ketuban Sebelum Bersalin

Perlukah Bersolat Ketika Keluar Air Ketuban Sebelum Bersalin

Air ketuban ialah cairan yang melindungi janin ketika berada di dalam rahim. Cairan ketuban mula wujud setelah kantung janin terbentuk sekitar 12 hari selepas pembenihan. Fungsinya adalah untuk melindungi janin dan membantu perkembangan otak, paru-paru serta sistem pencernaan bayi.

Ia juga dikenali sebagai cecair amniotik yang merupakan cecair jernih dan berwarna agak kekuningan. Dalam situasi ibu yang hendak melahirkan anak sekiranya keluar darah fasad (darah penyakit yang keluar sebelum melahirkan) dan juga air ketuban, masih jatuh kewajipan ke atasnya untuk menunaikan solat seperti biasa.

Sakit setiap wanita dalam tempoh kontraksi adalah berbeza-beza. Ada yang memakan masa yang lama dan ada juga merasainya dalam tempoh waktu yang sekejap sahaja dengan bilangan kekerapan yang berbeza. Biasanya ia akan dirasai setiap satu jam atau setengah jam sekali.

Air ketuban yang keluar sebelum bersalin dikira sebagai najis dan boleh membatalkan wuduk. Jadi, bagaimana caranya untuk wanita menunaikan ibadah fardu tersebut?

Berkata Imam Al-Dasuqi: “Dan wajib berwuduk apabila keluarnya ia (air ketuban), iaitu darah putih yang keluar ketika dekatnya proses bersalin kerana hukumnya sama seperti hukum air kencing.” (Hasyiyah al-Dasuqi, 1/286)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam hal ini, terdapat kelonggaran yang diberikan Islam kepada wanita yang sedang mengalami kontraksi untuk menunaikan solat mengikut kemampuan masing-masing.

Jika tidak mampu solat seperti biasa (berdiri), maka boleh dilakukan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu juga, boleh dilakukan dalam keadaan baring. Dalam situasi ini, rukhsah (keringanan) solat diberikan kepada wanita tersebut. Namun, sekiranya dia tetap tidak mampu untuk bersolat, maka wajib ke atasnya untuk mengqada’ solat tersebut kelak.

BACA:  Kesan positif puasa bagi kesihatan

Caranya ialah, mereka perlu bersuci terlebih dahulu dengan menghilangkan najis (air ketuban) tersebut dan berwuduk seperti biasa jika air ketubannya kering.

Namun, jika air ketubannya berterusan keluar, maka hukumnya adalah sama seperti hukum istihadah. Mereka perlu membersihkan najis tersebut terlebih dahulu dan mengambil wuduk seperti biasa. Kemudian, mereka perlu meletakkan kapas atau kain untuk menghalang air yang keluar. Ia perlu dilakukan (disucikan) setiap kali hendak menunaikan solat.

Tuntasnya, hukum air ketuban adalah najis dan wajib ke atas wanita yang mengalaminya untuk bersuci terlebih dahulu dan memperbaharui wuduk sebelum menunaikan solat. Adapun, solat wajib dilakukan ke atas wanita yang sedang mengalami kontraksi bersalin namun dalam kadar kemampuan masing-masing.

Wallahu a’alam.

Rujukan: Mufti Wilayah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel