≡ Menu

Pangkas & Buang Daun, Tip Supaya Pokok Limau Subur Banyak Tunas & Cabang Baru

Pangkas & Buang Daun, Tip Supaya Pokok Limau Subur Banyak Tunas & Cabang Baru

Ramai yang tanam pokok limau di rumah, sama ada limau kasturi, nipis, purut atau lemon. Tapi masalahnya ada yang tanam tapi pokoknya macam hidup segan mati tak mahu.

Tak subur, daun, tunas atau cabang baru pun tak meriah. Bagi yang ada masalah ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoi ini.

Tip pokok limau banyak tunas & cabang baru

Tip ini untuk menumbuhkan banyak tunas dan cabang baru pokok limau dan boleh dipraktikkan pada apa jenis pokok limau yang ditanam. Caranya;

1. Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Kemudian buang daun pada hujung bekas potong. Banyak mana nak buang ikut suka jugak ya.

3. Lagi banyak daun yang dibuang lepas pangkas, lagi banyak tunas baru akan keluar nanti. Kalau cuma pangkas tapi tak buang daun, yang tumbuh mungkin 1-2 tunas sahaja.

Tip untuk pokok limau berbuah

  • Letak baja buah & pangkas.
  • Jika tanam dalam pasu boleh buat kaedah buat stress air dulu dalam 2 minggu. Caranya:
  • Sekiranya hari-hari siram 5 liter air, kurangkan jadi 1-2 liter sahaja, itu pun jangan siram hari-hari. Bila daun nampak agak layu baru siram.
  • Selepas 2 minggu baru pangkas & letak baja buah yg tinggi unsur P&K..cth baja MKP (0-52-34). Selepas itu boleh siram seperti biasa semula.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber:  Pyan Sempoy

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  8 Tip Penting Untuk Membeli Al Quran Di Pasaran