≡ Menu

Terkini: Ebit Lew Akan Dipenjara 3 Tahun Jika Teruskan Bantuan di Sabah

Terkini:Ebit Lew akan dipenjara 3 tahun jika teruskan bantuan di Sabah

Pendakwah terkenal ustaz ebit Lew harini memberitahu dia akan dipenjaran selama 3 tahun jika meneruskan misi bantuan di Pulau Semporna. Ini tulisan beliau di FB:-

Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah.

Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah – Ebit Lew

 

Sumber: themalaysialife.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Bekas ‘Drummer’ Ukays Disahkan Maut Bersama Isteri Dan Anak Dalam Serangan Udara Di Syria