≡ Menu

Dulu aku pun sama seperti kau. Islam hanya pada I/C, Islam hanya pada surat beranak, pendek cerita Islam hanya pada atas kertas. Aku pandai mengucap dua kalimah syahadah sama seperti kau tapi syahadah yang aku lafazkan hanya di bibir. Apa makna di sebalik kalimah tersebut? Kau tahu? Aku tahu makna nya “ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah” tapi aku tahu makna ini pun setelah bertanya pada pakcik Google. Bagus lah pakcik Google ni, tahu semua benda. Pakcik beragama Islam jugak ker? 22 tahun aku membesar dengan kalimah ini tapi kenapa makna nya pun aku kena tanya pakcik Google? Kau tahu kenapa? Aku tak tahu, serius aku tak tahu. Aku pakai tudung tapi aku pakai pun sebab dah terbiasa. Sama lah dengan kau dah terbiasa pakai baju bila keluar dari rumah. Aku tahu waktu sembahyang lima kali sehari. Aku tahu Subuh 2 rakaat, Zohor, Asar, Isyak 4 rakaat dan Maghrib 3 rakaat. Aku rasa kau pun tahu kan, ingat lagi tak ustazah pernah ajar pasal solat dan niat nya? Aku ingat tapi aku tak ingat dosa dan balasan yang akan aku terima kalau meninggalkan solat. Sebab itu dulu solat aku tak pernah cukup, aku ‘rajin’ sembahyang Maghrib sahaja. Kau pula? Cukup tak solat kau? Selanjutnya →

Terlalu sedikit di kalangan umat kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca itu, terlalu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ini, lebih sedikit lagi yang beramal dengannya. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua. Selanjutnya →

Kunjungan ke Brunei untuk melihat sendiri usaha-usaha kerajaan negara itu dalam memartabatkan institusi masjid dan imam amat memberangsangkan. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan antarabangsa yang terletak di Bandar Seri Begawan, suasananya sungguh aman, damai dan mempersona. Tidak ada kekalutan atau hiruk-pikuk, semuanya lancar. Selanjutnya →

As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut: Selanjutnya →