≡ Menu


Kolesterol tinggi bukanlah penyakit, tetapi berpotensi menyebabkan pelbagai penyakit. Di antaranya ialah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Kolesterol adalah lemak yang dikeluarkan oleh hati dan sangat penting untuk fungsi tubuh. Kolesterol secara semula jadi terdapat dalam dinding sel atau selaput di mana-mana di dalam tubuh, termasuk otak, saraf, otot, kulit, hati, usus, dan jantung. Dalam keadaan normal pula kolesterol berfungsi sebagai pembangun dan pemelihara sel membran, menyaring molekul yang masuk dan tidak ke dalam sel, terlibat dalam pengeluaran hormon seks, membantu pengeluaran hempedu. Selanjutnya →