≡ Menu

6 Cara Kawal & Turunkan Kadar Kolestrol Yang Tinggi


Kolesterol tinggi bukanlah penyakit, tetapi berpotensi menyebabkan pelbagai penyakit. Di antaranya ialah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Kolesterol adalah lemak yang dikeluarkan oleh hati dan sangat penting untuk fungsi tubuh. Kolesterol secara semula jadi terdapat dalam dinding sel atau selaput di mana-mana di dalam tubuh, termasuk otak, saraf, otot, kulit, hati, usus, dan jantung. Dalam keadaan normal pula kolesterol berfungsi sebagai pembangun dan pemelihara sel membran, menyaring molekul yang masuk dan tidak ke dalam sel, terlibat dalam pengeluaran hormon seks, membantu pengeluaran hempedu.

Cara Menurunkan Kadar kolesterol

Dalam jumlah tertentu tubuh memerlukan kolesterol untuk menjaga tubuh tetap sihat. Hanya bila jumlahnya yang berlebihan, keadaannya dikenali dengan hiperkolesterolemia akan timbul masalah. Penurunan kolesterol satu persen saja dapat mengurangi risiko serangan jantung dua sampai tiga peratus.

Beberapa tip di bawah ini diharapkan dapat memperbaiki kadar kolesterol Anda :

1. Batasi lemak tepu

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Lemak tepu, biasanya mengacu pada lemak yang berasal daripada haiwan, terutama pada produk susu, daging merah dari lembu. Sebaiknya pengambilannya ini dibatasi, karena dapat memacu produksi kolesterol dan meningkatkan jumlah kolesterol dan kolesterol jahat (LDL). Dengan memilih diet yang mengandungi rendah kolesterol ini, anda sebenarnya sudah mengambil salah satu langkah yang bijak untuk memperbaiki kadar kolesterol anda. Pada diet Mediteranian, pengambilan daging merah ini hanya disyorkan satu kali dalam satu bulan. Ternyata diet ini dapat menurunkan angka kematian akibat penyakit kardiovaskuler yang bermakna.

BACA:  Petua Bagi Wanita Haid Tidak Teratur ,Cyst Dan Sukar Hamil . Ramai Yang Dah Cuba !

2. Hindari lemak trans (trans fat)

Trans fat, kemungkinan mempunyai akibat yang lebih berbahaya daripada lemak jahat kerana dapat meningkatkan kadar kolesterol buruk (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL). Kajian juga menunjukkan bahawa trans fat juga dapat meningkatkan risiko. Oleh itu kurangilah makanan yang banyak mengandungi trans fat seperti makanan yang diolah melalui penggorengan.

3. Pertahankan berat badan normal

Pada kebanyakan orang, kadar kolesterol juga menjadi baik seiring dengan menurunnya berat badan. Ini tidak hanya disebabkan kehilangan berat badan, tetapi juga akibat diet yang lebih sihat, dan olahraga yang dilakukan. Dengan kata lain, perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk mempertahankan berat badan normal atau menurunkan berat badan juga membantu memperbaiki kadar kolesterol. Mengurangi berat badan 5-10 peratus dapat menurunkan kadar kolesterol yang bermakna

4. Olahraga

Olahraga yang cukup dan berkelanjutan, paling tidak 30-40 minit setiap hari, lima kali dalam seminggu, seperti jalan, jogging, berenang Ialah pilihan yang sangat baik untuk memperoleh kadar kolesterol yang normal. Apakah anda gemuk atau tidak, olahraga dapat menurunkan kadar kolesterol anda. Olahraga moderat yang anda lakukan secara teratur dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol buruk (LDL)

5. Berhenti Merokok

Di samping sebagai faktor risiko penting untuk penyakit jantung, rokok juga dapat mengakibatkan penurunan kadar kolesterol HDL. Jika anda perokok, berhenti merokok saja dapat menaikkan kolesterol baik (HDL) hingga 10 peratus. Tidak hanya itu, 20 minit setelah anda berhenti merokok, tekanan darah anda akan turun. Dalam waktu 24 jam, risiko anda mengalami serangan jantung akan menurun dan setelah satu tahun risikonya hanya tinggal setengahnya dibandingkan perokok. Dan, dalam 15 tahun sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.

6. Kunjungi doktor secara teratur

Bila gaya hidup yang anda lakukan ternyata belum membantu menurunkan kadar kolesterol anda, atau anda mempunyai riwayat keluarga dengan kolesterol tinggi atau sakit jantung, Anda mungkin perlu bantuan doktor. Doktor akan membantu, pilihan ubat yang tepat untuk anda

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel