≡ Menu
3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci

1. “Thartharun”, iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.
.
2. “Mutasyaddiqun”, iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
.
3. “Mutafayhiqun”, iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.
.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
.
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
.
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi]. Selanjutnya →

Cara Simpan Kentang Supaya Tidak Cepat Rosak dan Lembik

Selain bawang, kunyit dan halia, kentang juga merupakan salah satu bahan yang perlu ada di dapur. Keunikan kentang yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis juadah menjadikan kentang sebagai bahan yang sentiasa menjadi pilihan di dalam masakan harian. Bahkan, kentang juga turut dijadikan sebagai petua dalam membantu menyerap rasa masakan yang terlebih masin. Selanjutnya →

Solat Selepas Haid Merupakan Kesilapan Wanita Yang Tidak Disedari

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam…kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ …yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak…(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ) Selanjutnya →