
Saya kongsikan di bawah ini pandangan ulama berhubung dengan digalakkan menghidupkan malam Hari Raya dengan ibadah. Walaupun sandarannya mungkin berdasarkan Hadith Dha’if, namun ramai ulama yang menganjurkannya termasuk Imam al-Shafie r.a sendiri, Wallahu’alam. Rencana asal boleh dilihat di laman web www.aswj-rg.com.
***
Ada sebuah hadith yang dikatakan Nabi SAW ada bersabda:
“من أحياء ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Mafhumnya: “Barangsiapa yang menghidupkan malam Raya, maka hatinya tidak akan mati di hari hati menjadi mati”. Dalam riwayat Abu Umamah al-Bahili pula bahawasanya Nabi SAW bersabda :
من أحياء ليلتي العيدين احيا الله قلبه يوم تموت فيه القلوب
Mafhumnya, “Barangsiapa yang menghidupkan malam Raya Fitri dan Adha, maka Allah akan menghidupkan hatinya di hari hati menjadi mati “. Hadith ini dihukumkan sebagai hadith yang lemah oleh Imam al-‘Iraqi[4] dan al-Haithami[5] Dan banyak lagi riwayat-riwayat lainnya yang semisalnya. Meskipun para ulama hadith menilainya lemah, maka sesuai kesepakatan ulama ahli hadith mereka juga bersetuju bahawa hadith lemah masih boleh diamalkan dalam hal fadhail amal (kelebihan beramal).
Imam as-Suyuthi menaqalkan :
وقال ابن الفرات: استحب إحياء ليلة العيد بذكر الله تعالى والصلاة وغيرها من الطاعات للحديث: { من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب } وروي مرفوعا وموقوفا وكلاهما ضعيف لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها. )
“Ibnu al-Farrat mengatakan: “ Disunnahkan menghidupkan malam hari raya dengan zikir kepada Allah, sholat dan lainnya dari keta’atan karena ada hadits, “ Barangsiapa yang menghidupkan malam Hari Raya, maka hatinya tidak akan mati di hari hati menjadi mati “, dan diriwyaatkan juga secara marfu’ dan mauquf, kedua riwayat itu lemah (dha’if) akan tetapi hadits-hadits berkaitan fadhail a’mal ditoleransi untuk diamalkan “.
Dalam kitab al-Umm disebutkan :
العبادة ليلة العيدين:أخبرنا الربيع قال أخبرنا الشافعي قال أخبرنا إبراهيم بن محمد قال أخبرنا ثور بن يزيد عن خالد بن معدان عن أبي الدرداء قال: ” من قام ليلة العيد محتسبا لم يمت قلبه حين تموت القلوب “.
قال الشافعي : وبلغنا أنه كان يقال: إن الدعاء يستجاب في خمس ليال في ليلة الجمعة , وليلة الأضحى , وليلة الفطر , وأول ليلة من رجب , وليلة النصف من شعبان.
أخبرنا الربيع قال أخبرنا الشافعي، قال أخبرنا إبراهيم بن محمد قال: رأيت مشيخة من خيار أهل المدينة يظهرون على مسجد النبي صلى الله عليه وسلم ليلة العيد فيدعون ويذكرون الله حتى تمضي ساعة من الليل , وبلغنا أن ابن عمر كان يحيي ليلة جمع , وليلة جمع هي ليلة العيد لأن صبيحتها النحر.
قال الشافعي : وأنا أستحب كل ما حكيت في هذه الليالي من غير أن يكون فرضا
“Ibadah dua malam hari raya: Telah mengkhabarkan pada kami Al-Rabi’, ia berkata, telah mengkhabarkan pada kami Imam Al-Syafi’i, berkata, telah mengabarkan pada kami Ibrahim bin Muhammad, ia berkata, telah mengabarkan pada kami Tsaur bin Yazid dari Khalid bin Mi’dan dari Abu Darda, ia berkata, “ Barangsiapa yang berdiri tegak di malam Hari Raya dengan berharap (pahala Allah), maka hatinya tidak akam mati di hari hati menjadi mati “Imam asy-Syafi’i mengatakan: “ Telah sampai pada kami, sesungguhnya di katakan, “ Bahwasanya doa dikabulkan di lima malam, yaitu malam Jumaat, malam Aidul Adha, malam Aidul Fitri, malam pertama Rajab dan malam separuh Sya’ban “. Kemudian di akhir beliau mengatakan: “Dan saya menganjurkan (mensunnahkah untuk mengamalkannya) semua apa yang dihikayatkan dari (keutamaan) malam-malam tersebut tanpa bersifat fardhu “.[11]
Imam an-Nawawi mengatakan :
قال أصحابنا: يستحب إحياء ليلتي العيدين بصلاة أو غيرها من الطاعات ( واحتج ) له أصحابنا بحديث أبي أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم: { من أحيا ليلتي العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب } وفي رواية الشافعي وابن ماجه: ” { من قام ليلتي العيدين محتسبا لله تعالى لم يمت قلبه حين تموت القلوب } رواه عن أبي الدرداء موقوفا , وروي من رواية أبي أمامة موقوفا عليه ومرفوعا كما سبق , وأسانيد الجميع ضعيفة
“Para ulama kami mengatakan, “ Disunnahkan menghidupkan dua malam hari raya dengan sholat dan ketaatan lainnya. Para ulama kami berhujjah dengan hadits Abu Umamah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “ Barangsiapa yang menghidupkan malam Raya, maka hatinya tidak akan mati di hari hati menjadi mati “. Dan di dalam riwayat imam Al-Syafi’i dan Ibnu Majah disebutkan, “ Barangsiapa yang berdiri tegak di malam hari raya dengan berharap (pahala Allah), maka hatinya tidak akam mati di hari hati menjadi mati “, telah meriwayatkannya Abu Darda secara mauquf dan meriwyatkannya dari riwayat Abu Umamah secara mauquf atasnya dan marfu’ sebagaimana telah berlalu. Dan sanad-sanad hadits tersebut adalah lemah “.[12]
Kesimpulannya: Menghidupkan malam Raya walaupun tiada hadith Sahih, namun dianjurkan oleh ramai para Imam. Oleh itu tidak salah untuk menghidupkannya kerana tiada juga larangan daripada Baginda SAW, selama mana tidak diyakini ianya wajib atau dibuat oleh Baginda SAW.
Sumber :ringkasan daripada
www.aswj-rg.com
