≡ Menu

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh PKPP

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh PKPP

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan garis panduan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pihak JAWI sebelum ini telah membenarkan pelaksanaan akad nikah secara online yang mana telah menyaksikan pelaksanaan majlis akad nikah yang pertama dilakukan semasa tempoh PKP pada 18 April 2020.

Susulan tempoh PKP telah memasuki fasa pemulihan dan kelonggaran demi kelonggaran telah diberikan oleh pihak kerajaan, maka pihak JAWI juga telah menyediakan panduan yang sesuai buat pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan dengan kehadiran fizikal.

Tempat nikah yang dibenarkan ialah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (keutamaan kepada akad nikah menggunkan wali hakim), rumah persendirian, masjid, surau dan surau Jumaat serta premis yang disewa untuk majlis akad nikah seperti hotel, dewan dan butik pengantin yang berada dalam kawasan

Jumlah kehadiran ke majlis akad nikah hendaklah mengikuti syarat berikut:

Di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kehadiran ke majlis akad nikah tidak melebihi 8 orang termasuk jurunikah, pengantin lelaki dan perempuan, wali dan dua orang saksi.

Di Masjid, Premis Persendirian atau Mana-mana Premis Yang Dibenarkan:

Kehadiran ke majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 orang termasuk jurunikah, pengantin lelaki dan perempuan, wali dan dua orang saksi.

Antara syarat-syarat lain yang mesti dipatuhi ialah:

1. Tempoh masa proses keseluruhan akad nikah tidak melebihi 30 minit.

2. Hendaklah mematuhi penjarakan sosial iaitu satu meter antara setiap orang yang hadir.

3. Memakai pelitup mulut dan hidung semasa majlis akad nikah serta memastikan penggunaan hand sanitizer.

5. Tidak berjabat tangan antara jurunikah dengan pengantin lelaki serta antara semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah.

BACA:  Derita Muslim Uyghur di Xinjiang, China

6. Jika akad nikah dilakukan di JAWI, hanya maskahwin dan dokumen yang berkaitan sahaja yang dibenarkan dibawa manakala jika dilakukan di premis .

Semua individu yang hadir hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Tarikh kuatkuasa panduan baru ini bermula 18 Jun 2020.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel