≡ Menu

Maksud Ucapan ‘Jazaakallahu Khairan’ & Bagaimana Menggunakannya

Maksud Ucapan ‘Jazaakallahu Khairan’ & Bagaimana Menggunakannya

Terima kasih merupakan salah satu ucapan yang biasanya diungkapkan apabila seseorang itu merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang diperoleh kepada seseorang.

Jika diungkapkan kepada tuhan, biasanya kita akan mengucapkan Alhamdulillah, tanda kesyukuran di atas segala nikmat yang diperoleh.

Namun, terdapat sebuah lagi ungkapan yang terkenal dan sering kita dengar, iaitu ‘Jazakallahu khairan.’

Selalunya, ia diungkapkan juga sebagai tanda kesyukuran dan untuk menzahirkan penghargaan kepada seseorang. Namun, apakah maksud sebenar di sebalik perkataan ini?

Ia merupakan salah satu ucapan untuk menzahirkan kesyukuran juga. Sama sahaja dengan ucapan terima kasih. Cuma bezanya adalah dalam bahasa Arab. Ia membawa maksud ‘semoga Allah membalasmu dengan kebaikan’.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Baginda SAW mengatakan bahawa ucapan seperti ini perlu diungkapkan untuk menzahirkan rasa syukur kepada sekeliling. Sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

Dari Usamah bin Zaid RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang diperlakukan baik, lalu ia mengatakan kepada pelakunya ‘Jazakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh ia telah sangat menyanjunginya.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2035)

Ucapan ini juga adalah untuk mendoakan kebaikan terhadap seseorang yang telah berbakti kepada kepada kita. Apabila sudah mendapatkan sesuatu dan kita tidak mampu membalasnya, sekurang-kurangnya ucapkanlah doa sbagi tanda penghargaan kepadanya.

Bagaimana Cara Yang Betul Untuk Menggunakannya

Kebiasaannya, ramai orang yang menggunakan jazaakallahu khairan dalam semua situasi atau kepada semua jenis bilangan.

Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengungkapkan perkataan ini, iaitu:

#1 – Jazakallahu Khairan: Ia diucapkan kepada seorang lelaki

#2 – Jazaakumullahu Khairan: Ia diucapkan kepada kumpulan lelaki yang ramai atau lebih daripada dua orang

BACA:  Peranan besar Tok Kenali dalam perkembangan Islam

#3 – Jazaakillahu Khairan: Diucapkan kepada seorang wanita

#4 – Jazaakunallahu Khairan: Diucapkan kepada kumpulan wanita yang ramai atau lebih daripada dua orang

Namun, tidak salah jika hanya mengungkapkan perkataan Jazaakallahu khairan dalam semua situasi kerana ia adalah sebuah perkataan yang boleh juga digunakan secara umum.

Tuntasnya, selain daripada menunjukkan penghargaan dalam bentuk ucapan, kita juga boleh menzahirkan rasa syukur dengan mendoakannya.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel