≡ Menu

Cara Mudah Kenali Stevia Asli & Tiruan

Cara Mudah Kenal Stevia Asli & Tiruan

Stevia adalah satu tumbuhan yang bagus, di mana ia boleh dimakan, sihat, mengandungi pemanis yang tidak ada kalori iaitu Stevioside dan Rebaudioside. Produk Stevia telah diekstrak dengan menggunakan teknologi unik yang terbukti, yang berpunca daripada kepelbagaian penggunaan tumbuhan ini.

Kelebihan tumbuhan Stevia tidah berhenti di sini; ekstraknya telah dibuktikan 200 hingga 300 lebih manis daripada gula biasa. Ia merupakan satu alternatif menggantikan gula yang bagus dan menjimatkan kos!

Terdapat banyak produk stevia di pasaran yang mendakwa mereka menjual stevia asli, tetapi sebaliknya menggunakan sukralosa campuran (gula klorin) dan bahan kimia lain yang tidak baik untuk kesihatan.

Penggunaan bahan kimia sucralosa ini gemar digunakan oleh peniaga lain kerana bahan kimia sucralose mempunyai rasa 600 kali lebih manis berbanding gula dan rasanya juga sama seperti gula.

Manakala, stevia asli yang semula jadi mempunyai rasa 300 kali lebih manis daripada gula dan rasa yang sedikit berbeza berbanding gula.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mereka menggunakan jalan mudah untuk memperolehi keuntungan. Kami tidak menentang mana-mana perniagaan tetapi mereka harus jujur dalam menyenaraikan ramuan penuh dan menghormati hak pelanggan untuk mengetahui semua ramuan.

Anda boleh menjalankan uji kaji sendiri untuk mengetahui keaslian stevia:

  1. Ambil 5-6 titisan cecair stevia dan panaskan (di atas api) perlahan-lahan.
  2. Lihat, jika cecair yang tersejat meninggalkan kesan hitam. Ianya merupakan derivatif atau bahan kimia gula.
  3. Jika bertukar menjadi warna putih hingga kuning muda ia adalah stevia asli.
BACA:  Benarkah Anak Lelaki Memendekkan Usia Ibu?
Ujian Stevia Asli & Tiruan Ujian Stevia Asli & Tiruan Ujian Stevia Asli & Tiruan

Stevia tidak akan berubah menjadi warna hitam jika terkena suhu yang tinggi. Semoga info ini dapat membantu anda memilih produk stevia yang asli.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel