≡ Menu

Doa Untuk Lebih Rajin Melakukan Amal Ibadah Di Bulan Ramadan

Doa Untuk Lebih Rajin Melakukan Amal Ibadah Di Bulan Ramadan

Apabila bercakap tentang amal ibadah, banyak tips-tips yang boleh kita jumpa sama ada melalui carian Google atau di buku-buku panduan ibadah. Taip sahaja – tips untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, tips untuk mudah khatam Al-Quran, tips untuk mudah solat awal waktu, pasti dalam beberapa saat sahaja akan terpaparlah sekian-sekian maklumat yang kita mahukan.

Namun jangan lupa, kita juga memerlukan bantuan doa sebagai ‘minyak pelincir’ agar usaha kita untuk beramal semakin dipermudahkan oleh Allah.

Mari kita lihat apa doa yang pernah dipesan khusus oleh Rasulullah SAW agar umatnya diberi keringanan dan kerajinan dalam beribadah.

وَعَنْ مُعَاذٍ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، أَخَذَ بِيَدِهِ ، وَقَالَ :(( يَا مُعَاذُ ، وَاللهِ إنِّي لَأُحِبُّكَ )) فَقَالَ : (( أُوصِيْكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ في دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُوْلُ : اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ )) – رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ صَحِيْحٍ

Dari Mu’adz R.anhu, bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya dan baginda berkata, “Wahai Mu’adz, demi Allah, aku mencintaimu.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Lalu baginda berkata, “Aku wasiatkan kepadamu, wahai Mu’adz, janganlah engkau sekali-kali meninggalkan doa ini di akhir setiap solat,

‘Allahumma A’inni ‘Alaa Zikrika wa Syukrika wa Husni ‘Ibaadatik’

(Ya Allah, tolonglah aku dalam berzikir, bersyukur, dan beribadah yang baik kepadaMu).’” (HR. Abu Daud dengan sanad sahih – HR. Abu Daud, no. 1522; An-Nasa’i, no. 1304. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)

Doa ini sebenarnya boleh dibaca pada bila-bila masa. Tetapi memandangkan kita sedang berada dalam bulan Ramadan, alangkah baiknya jika kita dapat melazimi doa yang indah ini. Rasa mahu dan mampu untuk berzikir, bersyukur dan beribadah kepada Allah juga satu nikmat kerana tidak semua yang merasakannya.

BACA:  Doa Menghadapi Peperiksaan dan Doa Mudah Belajar Supaya Ingat

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel