≡ Menu

Mengapa Tonsil Membesar Selepas Dibuang?

Dalam pembedahan ‘tonsillectomy’, doktor akan membuang palatine tonsil pesakit, struktur yang kita boleh nampak apabila anak kita membuka mulut.

Selepas beberapa tahun ada pesakit yang mungkin mengadu kembali ada masalah apnea, tidur berdengkur dan rasa macam ada masalah tonsil membesar semula. Pernah dengar cerita seperti ini?

Mengapa?

‘Hypertrophy of lingual tonsil’ boleh berlaku kepada pesakit selepas beberapa tahun menjalani pembedahan membuang tonsil. Iaitu tonsil membesar semula.

Di mana lingual tonsil ini? Ia terletak di belakang struktur palatine tonsil yang biasa doktor buang.

Suatu kajian yang dijalankan di Kanada (Factors associated with lingual tonsil hypertrophy in Canadian adults – Journal of Otorinolaringology, Head & Neck Surgery 2017) menunjukkan bahawa peningkatan ‘body mass index’ (BMI) berkait dengan masalah ini.

Pendek kata, apabila anda ada berlebihan berat badan, masalah ini lebih mudah berlaku.

Jalani kehidupan yang sihat adalah langkah paling bijak.

Ya, macam itulah.

Ada beberapa tonsil sebenarnya. Kita ada palatine, pharyngeal, lingual, tubal dan lain-lain. Doktor biasa akan buang palatine dan pharyngeal tonsil sahaja ketika pembedahan.

Rujuk gambar. Kita selalu dengar adenoid kan? Kata nama lain ialah pharyngeal tonsil.

 

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel

BACA:  Petua Berkesan Rawat Kuku Bermasalah, Inilah Manfaat Daun Semalu (Mimosa Pudica) Yang Ramai Tidak Tahu