≡ Menu

9 Benda Yang Digunakan Dalam Kehidupan Seharian Sebenarnya Hasil Penemuan Ilmuwan Islam

 

#1- Kopi

Kopi adalah fenomena sepanjang zaman sejak 1200 tahun lalu hingga sekarang. Orang Arab pada zaman dahulu akan berkumpul di suatu tempat dan minuman kopi akan dibuat dan diagih-agihkan. Sekarang, kedai kopi ada di merata-rata tempat, bezanya cuma jenis kopi dan bagaimana ianya diinovasikan.

Bagaimana sebenarnya kopi yang anda minum dijumpai dan mula digunakan?

Sekitar 750 Masihi, seorang lelaki berbangsa Arab bernama Khalid dipercayai menemui kopi apabila dia membawa ternakannya ke padang ragut di kawasan Ethiopia. Dia menyedari ternakannya menjadi lebih bertenaga dan aktif selepas makan suatu tumbuhan. Ianya adalah kopi. Akhirnya mereka memetik bijian kopi tersebut dan merebusnya lalu terhasil lah minuman yang dipanggil ‘qahwa’.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#2- Jam

Tahukah anda bahawa jam yang ada pada hari ini sebenarnya telah mula dicipta oleh seorang Ilmuwan Islam genius bernama Al-Jazari. Jam tersebut dipanggil ‘Jam Gajah’ kerana ianya dibina dan diletakkan di atas gajah.

Beliau merupakan seorang jurutera dari Diyarbakir yang menggagaskan idea mesin automatik. Menjelang tahun 1206 Masihi, beliau telah mencipta banyak jam dengan pelbagai saiz dan bentuk.

#3- Kamera

Ibnu al-Haitham telah merevolusikan ilmu optik. Beliau membawa ilmu ini ke tahap yang lebih jauh, bukan sekadar perbahasan dari sudut falsafah seperti ilmuwan Yunani. Beliau menolak idea dari Yunani yang mengatakan bahawa mata boleh melihat sesuatu objek kerana cahaya yang terpancar daripada mata.

Sebaliknya, Ibnu al-Haitham berkata bahawa manusia dapat melihat disebabkan pantulan cahaya ke atas objek yang masuk ke dalam mata. Idea yang digagaskan oleh beliau ini menjadi asas ilmu optik yang diguna pakai sekarang.

BACA:  Jangan Halalkan Orang Yang Berhutang. Kenapa? Jom Baca Artikel Ini. Segerakanlah Membayar Hutang Jika Anda Ada Hutang!

Beliau telah melakukan uji kaji menggunakan bilik yang gelap. Bilik ini mempunyai lubang kecil yang membolehkan cahaya masuk dan terpantul ke dinding sebelah lagi, dan menakjubkan imej yang terpantul adalah terbalik! Beliau menamakan ini ‘qamara’, perkataan pertama bagi kamera.

#4- Sabun

Agama Islam sangat mementingkan kesucian dan kebersihan, sama ada dari sudut fizikal atau spiritual. Ilmuwan Islam lalu mencipta sabun, suatu campuran minyak zaitun dan “al-qali”, suatu bahan seperti garam. Kedua-dua campuran ini kemudian direbus sehingga sebati, disejukkan lalu digunakan di ‘hammas’ atau rumah mandi yang ada ketika itu.

Manakala Al-Kindi pula mengarang buku tentang minyak wangi dan proses penyulingan. Dia juga dikenali sebagai seorang ahli falsafah, farmasi, oftalmologi, ahli fizik, matematik, geografi, astronomi dan juga ahli kimia. Buku beliau mempunyai lebih kurang 100 resepi berkaitan minyak, aroma dan bau-bauan.

Pada zaman tersebut, pembuatan minyak wangi dibuat oleh ahli kimia Muslim melalui kaedah penyulingan. Bunga-bungaan serta tumbuhan direbus dan disuling sehingga terhasilnya minyak wangi yang digunakan untuk farmasi terapeutik.

#5- Universiti

Mungkin tidak ramai yang tahu universiti pertama dalam sejarah sebenarnya diasaskan oleh seorang perempuan bernama Fatima al-Fihri. Beliau menggunakan duit yang diperoleh dari ayahnya untuk mengembangkan Masjid al-Qarawiyin di Fez yang akhirnya menjadi pusat ilmu, agama dan perbincangan intelektual.

Dengan berlalunya masa, al-Qariwiyyin semakin pesat membangun sehingga terdapat banyak bidang ilmu yang diajarkan di sana seperti ilmu agama, astronomi, perundangan, sastera, geografi, perubatan dan banyak lagi. Yang paling membanggakan, universiti tersebut masih beroperasi sehingga sekarang.

#6- Mesin Terbang (Kapal Terbang)

Nama ‘Wright Bersaudara’ pernah terabadi dalam buku teks sekolah rendah kerana dikatakan menjadi pencipta pertama kapal terbang. Namun hakikatnya, ia tidak tepat. Pada abad ke-9, jurutera Islam bernama Abbas Ibnu Firnas lebih dahulu menciptanya dan memang ia berjaya diterbangkan.

BACA:  3 Cara Untuk Berhadapan Dengan Orang Yang Sukar Ditangani

Cubaan beliau untuk terbang menggunakan sut seperti burung yang diciptanya akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau terbang beberapa ketika di langit Cordova, Sepanyol sebelum terjatuh dan tulang belakangnya tercedera. Ciptaanya telah menjadi inspirasi kepada artis dan pencipta Itali, Leonardo da Vinci, 600 tahun selepas itu.

#7- Alatan Pembedahan

Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbad al-Zahrawi atau lebih dikenali dengan nama al-Zahrawi pernah menulis buku al-Tadrif, sebuah buku tentang pembedahan. Apa yang menakjubkan, buku ini mengandungi lebih dua ratus senarai alatan pembedahan. Ilmu inilah yang menjadi asas kepada ilmu pembedahan di Eropah.

#8- Peta

Peta adalah suatu yang sangat penting ribuan tahun dahulu. Ia menjadi panduan manusia untuk mengembara. Peta biasanya dibuat berdasarkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh dari pengembara dan orang yang pergi menunaikan haji. Apabila kertas mula diperkenalkan di Baghdad pada Abad ke-8, peta dan panduan perjalanan yang lebih teratur mula dicipta.

#9- Algebra

Tajuk ‘algebra’ yang pernah kita pelajari di sekolah sebenarnya berasal dari nama buku yang dikarang oleh Pakar Matematik berbangsa Parsi. Nama buku tersebut ialah “Kitab al-Jabr wal Mugabala” atau dalam bahasa Inggerisnya “The Book of Reasoning and Balancing”.

Pakar Matematik tersebut tidak lain tidak bukan ialah Al-Khawarizmi. Ilmu ini sangat jauh bezanya dengan asas ilmu matematik yang diperkenalkan Yunani iaitu konsep geometri. Beliau juga adalah yang pertama memperkenalkan konsep ‘kuasa dua’ yang kekal hingga sekarang.

 

Sumber: Tazkirah.net 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel