≡ Menu

Betulkah Melihat Ibu Bapa, Al-Quran, Kaabah Dan Lautan Ialah Ibadah?

Betulkah Melihat Ibu Bapa, Al-Quran, Kaabah Dan Lautan Ialah Ibadah?

Terlalu banyak hadis-hadis yang berlegar dalam kalangan kita sama ada melalui media sosial atau ceramah-ceramah agama yang mengetengahkan hadis yang diragui kesahihannya.

Kebiasaannya ia tentang kelebihan dan fadilat jika mengamalkan sekian-sekian perkara, dan disandarkan pula kepada amalan Nabi SAW. Walau bagaimanapun, baginda telah mengingatkan bahawa menyandarkan sewenang-wenangnya suatu hal kepada baginda ialah perbuatan dosa yang berat di sisi agama.

Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Salah satu hadis yang biasa kita dengar ialah berkenaan melihat wajah ibu bapa, Al-Quran, Kaabah dan laut sudah dikira ibadah. Ia berdasarkan suatu hadis yang disebutkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam al-Gharib al-Multaqitah min Musnad al-Firdaus, beliau menyebutkan bahawa:

Abu Nuaim berkata :” Abdullah Bin Muhammad Bin Jaafar menceritakan kepada kami : Abdullah Bin Muhammad bin Zakaria menceritakan kepada kami : Sa’id bin Yahya menceritakan kepada kami : Zafir menceritakan kepada kami daripada Abu Uthman daripada Yahya Bin Said daripada Muhammad bin Ibrahim daripada ‘Aisyah r.anha. Beliau berkata : Rasulullah saw bersabda : “Melihat pada tiga perkara (ini) adalah ibadah : melihat kepada wajah kedua ibu bapa, melihat mushaf (al-Quran) dan melihat laut.” [Rujuk al-Gharaib al-Multaqitah Min Musnad al-Firdaus (2688)]

Manakala dalam satu riwayat lain dimasukkan juga satu lagi perkara yang jika dilihat sahaja pun akan memperoleh pahala iaitu Kaabah.

Diriwayatkan oleh al-Dailami daripada sahabat yang sama iaitu Ummul Mukminin ‘Aisyah r.anha :

النَّظَرُ إِلَى الْكَعْبةِ عِبَادَة، وَالنَّظَرُ إِلَى وَجْهِ الْوَالِدَينِ عِبَادَةٌ، وَالنَّظَرُ فِي كِتَابِ اللَهِ عِبَادَةٌ

BACA:  Bagaimana Nasib Perokok di Akhirat?

Maksudnya : “Melihat kaabah adalah ibadah, melihat kepada wajah kedua ibu bapa adalah ibadah dan melihat kitab Allah (al-Quran) adalah ibadah.” [(Riwayat al-Dailami (6863) dalam Kitab Al-Firdaus bi Ma’thur al-Khitab (2969)]

Taraf Hadis

Walau bagaimanapun, menurut penilaian daripada pihak Dr Zulfikri Mohamad Al-Bakri, hadis tersebut ialah hadis yang lemah kerana ada perawi yang dikritik kredibilitinya. Perawi itu ialah Zafir Abu Sulaiman al-Quhastani, yang dinilai sebagai perawi yang lemah.

Ibnu ‘Adiy mengulas tentang Zafir dan mengatakan bahawa dia merupakan perawi yang lemah, dan apa yang diriwayatkan oleh beliau tidak boleh dijadikan sandaran.

Selain itu, Kitab Firdaus yang disebutkan sebagai sumber kepada hadis di atas ialah kitab yang dikumpulkan hadis-hadis yang lemah dan palsu, justeru perlu berhati-hati.

 

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel