≡ Menu

Betul Ke Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Suka Mengintai? Ini Jawapannya

Betul Ke Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Suka Mengintai Ini Jawapannya

Untuk pengetahuan anda, hordeolum interna biasanya akan muncul pada kelopak mata atas sementara hordeolum eksterna akan muncul pada pangkal bulu mata sama ada pada kelopak mata atas atau bawah.

Sebenarnya adalah agak sukar untuk kita semua membezakannya kerana kesemuanya kelihatan sama sahaja. Maka sila dapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor sekiranya anda perasan mata telah terjangkiti kondisi ini.

Apa punca ketumbit?

Seperti mana yang kita semua telah baca di atas tadi, kondisi ini berpunca daripada bakteria Staphylococcus aureus.Ia akan menjangkiti bahagian kelenjar minyak yang terdapat di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata.

Untuk pengetahuan anda, bakteria ini boleh datang daripada sebarang perkara atau perbuatan yang menyentuh atau menggosok mata seperti jari, tangan atau alat solek.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Anda mungkin cenderung untuk dapat lebih banyak ketumbit semasa musim alahan apabila mata menjadi gatal. Selain itu, anda juga mungkin akan lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda menghidapi blepharitis – sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.

Chalazion

Dalam pada itu, kalian juga harus tahu bahawa ada penyebab kondisi ini yang bukan disebabkan oleh bakteria iaitu chalazion. Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi di mana berlaku penyumbatan pada kelenjar kelopak mata tanpa adanya jangkitan bakteria.

Penyumbatan tersebut seterusnya akan menyebabkan isi kelenjar terkumpul dan menggalakkan terjadinya keradangan pada kelopak mata.Kesannya, akan muncul benjolan yang hampir mirip dengan hordeolum.

Benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kondisi ini boleh terjadi akibat jangkitan bakteria serta penyumbatan kelenjar kelopak mata. Kini kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?

BACA:  9 Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Terlebih Tidur

Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang bukti saintifik yang dapat menghubungkan perkaitan di antara stres dan ketumbit. Pun begitu, anda mungkin tidak perlu berasa hairan jika selalu terkena kondisi ini ekoran stres yang dihidapi kerana mungkin ada benarnya.

Menurut segelintir ahli oftalmologi (pakar mata), stres dan juga tidur yang tidak mencukupi serta berkualiti boleh meningkatkan risikonya.

Antara penjelasan yang diberikan mereka adalah stres boleh melemahkan sistem imun dalam tubuh badan manusia menjadikan kita semua lebih mudah terkena jangkitan.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2017, hormon stres seperti norepinephrine boleh bertukar kepada 3,4-dihydroxymandelic acid (DHMA) lantas mengakibatkan bakteria lebih mudah menjangkiti tubuh badan.

Dalam pada itu, stres juga akan mengakibatkan anda kurang tidur sekali gus melemahkan imuniti tubuh badan serta menjejaskan sel darah merah yang berfungsi untuk melawan jangkitan pada tubuh badan.

Stres juga akan membuat tubuh badan kalian penat dan letih sekali gus cenderung mengabaikan tahap kebersihan serta kesihatan tubuh badan termasuklah mata.

Jadi jawapan mudahnya adalah ya, stres mungkin boleh menjadi salah satu punca ketumbit.

Bagaimana merawat kondisi ini?

Usah khuatir kerana dalam kebanyakan kes, ketumbit akan hilang sendiri dan tidak memerlukan sebarang rawatan lanjutan.

Pun begitu, sila pastikan mata anda diperiksa jika ia tidak pulih dalam masa beberapa hari, tumbuh dengan cepat, mula keluar darah atau menjejaskan penglihatan anda.

Ini mungkin petanda jangkitan itu sudah merebak dengan lebih teruk!

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan tip-tip di bawah ini:

  • Jangan sesekali cuba untuk memecahkannya
  • Tuam dengan tuala yang suam
  • Urut dengan cermat dan perlahan
  • Elak daripada menggunakan alat kosmetik
  • Elak daripada menggunakan kanta lekap
BACA:  Pokok Yang Boleh Menawarkan Racun Santau

Akhir kata, ketumbit mungkin tidak berbahaya namun anda masih perlu berwaspada dengannya, ya?

 

Sumber: hellodoktor 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel