≡ Menu

Baca Doa Ini Agar Dijauhkan Dari Hawa Nafsu Yang Buruk

Baca Doa Ini Agar Dijauhkan Dari Hawa Nafsu Yang Buruk

Hawa nafsu, kawan atau lawan? Kenapa tuhan menciptakan hawa nafsu dan meletakkannya sebagai salah satu sifat manusia?

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah RA berpendapat bahawa ia adalah salah satu tuntutan jiwa yang selaras dengan keinginannya.

Mengapa selaras dengan keinginan? Kerana ia diciptakan bagi menjaga manusia dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Jika tiada nafsu makan atau minum, bagaimana manusia akan sihat tubuh badan kerana tidak mendapatkan nutrisi yang sepatutnya. Jika manusia tidak berkahwin dan bercinta, bagaimana generasi dan umat Nabi Adam akan terus bersambung.

Inilah yang dimaksudkan dengan hawa nafsu yang boleh menjaga kelangsungan hidup manusia. Namun, ia juga boleh menjadi lawan kepada manusia jika diikuti tanpa kawalan yang betul.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Nafsu makan perlu dikawal. Jika tidak, datang juga penyakit yang tidak diingini kerana makan makanan yang tidak seimbang. Begitu juga dengan nafsu-nafsu lain seperti perkahwinan, tidur, amarah, gembira dan sebagainya.

Ia tidak boleh dibuang dalam diri manusia tetapi ia boleh dikawal. Salah satu cara untuk sentiasa memastikan agar ia terkawal adalah dengan berdoa memohon kepada Allah agar sentiasa dilindungi daripada mempunyai hawa nafsu yang buruk dan melampau.

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan daripada Ziyad bin ‘Ilaqah dari bapa saudaranya, iaitu Qutbah bin Malik RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ ، وَالأَعْمَالِ ، وَالأَهْوَاءِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari akhlak, amal dan hawa nafsu yang buruk.” (Hadis Riwayat Tirmizi. Hadis ini dinukil hasan oleh Syeikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaliy)

Doa itu ibarat senjata orang-orang mukmin. Justeru, memintalah kepada Allah agar sentiasa dikurniakan akhlak yang baik dan hawa nafsu yang sentiasa terkawal.

BACA:  Ini Khasiat Sebenar Bismillah 6, Rugi Tidak Amalkannya..

Wallahu a’alam.

Sumber: tzkrh.com 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel