≡ Menu

Adakah Disembahyangkan Mayat yang Mati Bunuh Diri?

Adakah Disembahyangkan Mayat yang Mati Bunuh Diri?

SOALAN :

Sebenarnya orang yang mati bunuh diri itu disembahyangkan mayatnya atau tidak?

Dan betulkah Nabi tidak mahu sembahyangkan mayat yang mati bunuh diri?

JAWAPAN :

Mayat yang mati bunuh diri jika dia tidak menghalalkan perbuatannya itu maka dikira masih Islam dan wajib dilakukan ke atasnya empat perkara yang mandi dan kafan dan sembahyang dan tanam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ada pun jika dia menghalalkan perbuatan bunuh diri itu maka tidak lagi dikira mayat orang Islam kerana telah menjadi kafir sebab menghalalkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah.

Berkata Imam Nawawi :

من قتل نفسه أو غل في الغنيمة يغسل ويصلى عليه عندنا وبه قال أبو حنيفة ومالك وداود وقال احمد لا يصلى عليهما الامام وتصلى بقية الناس

Artinya : “Siapa yang membunuh dirinya atau menipu pada harta ghanimah nescaya dimandikan dan disembahyangkan atas jenazahnya disisi kami dan dengannya berkata oleh Imam Abu Hanifah dan Malik dan Daud. Dan berkata Imam Ahmad tidak disembahyangkan atas jenazah keduanya oleh para pemimpin dan hanya sembahyangkan atasnya oleh orang awam.” (Kitab Al-Majmu’)

Ada pun berkenaan Nabi saw tidak mahu sembahyang atas mayat yang mati bunuh diri itu adalah benar tetapi tujuannya ialah supaya menjauhkan manusia dari melakukan perbuatan bunuh diri itu dan Nabi saw tidak melarang sahabat yang lain sembahyang atas mayatnya.

Telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. kata beliau :

أُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Artinya : “Telah dibawa kepada Nabi saw mayat seorang lelaki yang membunuh dirinya dengan anak panah lalu Nabi saw tidak sembahyang atasnya.” (Hadith riwayat Muslim)

BACA:  Kenapa Anjing dan Babi di Haramkan

Berkata Imam Syaukani :

وذهب مالك والشافعي وأبو حنيفة وجمهور العلماء إلى أنه يصلى على الفاسق. وأجابوا عن حديث جابر بأن النبي – صلى الله عليه وسلم – إنما لم يصل عليه بنفسه زجرا للناس وصلت عليه الصحابة

Artinya : “Dan telah berjalan oleh Imam Malik dan Syafie dan Abu Hanifah dan majoriti ulamak kepada bahawasanya disembahyangkan atas mayat yang fasiq. Dan menjawab mereka itu daripada hadith Jabir dengan bahawa Nabi saw tidak sembahyangkan atas mayat yang bunuh diri kerana menakutkan bagi manusia dan tetapi sembahyang atasnya oleh sahabat.” (Kitab Nailul Authar)

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel