≡ Menu

Belajar Tentang Kekuatan Hati Daripada Kisah Nabi Musa

Belajar Tentang Kekuatan Hati Daripada Kisah Nabi Musa

Apabila disebut tentang Nabi Musa, pasti kita akan mula membayangkan situasi laut terbelah dan bala tentera Firaun mengejar rombongan Nabi Musa daripada belakang. Atau kisah tentang tongkat yang bertukar menjadi ular.

Namun di sebalik kisah tersebut, ada kisah yang lebih dekat di hati kita sebagai seorang manusia biasa. Ia tentang keyakinan hati.

Sewaktu masih bayi, Nabi Musa pernah dibesarkan di dalam istana Firaun apabila isteri Firaun mengambil baginda yang dihanyutkan di sungai. Ketika baginda telah meningkat dewasa, baginda pernah terlibat dalam perbalahan sehingga perlu melarikan diri keluar daripada Mesir menuju Madyan.

Di situ baginda berkahwin dan mempunyai kehidupan baru. Pada suatu malam ketika mencari api untuk isterinya bagi menghangatkan badan, beliau sampai ke Lembah Thuwa. Di situlah baginda menerima dua mukjizat daripada Allah, berupa tongkat yang boleh berubah menjadi ular dan juga tangan yang jernih bercahaya.

Saat itu juga Nabi Musa diperintahkan oleh Allah untuk kembali ke Mesir semula untuk berdakwah dan menyeru Firaun untuk menyembah Allah. Namun hakikatnya Nabi Musa masih gusar jika Firaun dan tenteranya akan menangkapnya. Lalu apa yang dipohon oleh Nabi Musa? Baginda membaca doa ini (Surah Thaha 20:25-28):

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;

وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِ
“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

يَفْقَهُوا قَوْلِ
“Supaya mereka faham perkataanku;

BACA:  Peluk Islam Selepas Hati Tersentuh Dengar Azan Berkumandang

Daripada kisah ringkas tentang Nabi Musa di atas, ada empat perkara yang boleh kita jadikan pegangan:

#1- Kita Insan Istimewa Yang Dipilih Allah

“Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu”
(Surah Thaha 20:13)

Bayangkan betapa kuatnya sokongan yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa ketika baginda diwahyukan menjadi Rasul dan diperintahkan supaya pergi berjumpa Firaun untuk menyampaikan dakwah. Sekalipun ayat tersebut khusus untuk Nabi Musa, namun Allah juga telah memilih kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW, kekasihNya. Dan istimewanya umat Nabi Muhammad apabila kita diberikan kelebihan dan keistimewaan yang lebih banyak lagi.

#2- Meminta Supaya Allah ‘Membesarkan’ Hati

Maksud membesarkan hati di sini bukanlah dari segi fizikal tetapi rasa berani dan yakin. Bukan mudah untuk Nabi Musa pergi menghadap Firaun – raja yang kuat dan mempunyai bala tentera yang ramai bahkan dianggap Tuhan dan disembah oleh manusia ketika itu.

Namun Nabi Musa terlebih dahulu memohon kekuatan daripada Allah agar dilapangkan, dan diteguhkan hatinya. Begitu jugalah kita sepatutnya meminta.

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;

Sesungguhnya hati yang ‘besar’ mampu melakukan apa sahaja yang pada awalnya difikirkan mustahil. Yakinlah bahawa pertolongan Tuhan itu lebih besar daripada masalah yang kita hadapi.

#3- Usah Biarkan Cabaran Menghalang Diri

وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِ
“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

Nabi Musa tahu kekurangan yang dimilikinya dan Nabi Musa mengakui kekurangan yang baginda ada. Tetapi baginda tidak sesekali membiarkan kekurangan tersebut menghalangnya daripada berusaha.

BACA:  Kisah Nabi Muhammad SAW Lengkap dari Lahir hingga Wafat

Dalam kehidupan seharian kita, mungkin ada waktu-waktu yang sukar. Kita perlu melakukan tugasan atau kerja yang tidak pernah dilakukan, kita tidak mempunyai pengalaman, kita dipaksa keluar dari kebiasaan dan keselesaan – tetapi Allah lebih berkuasa menjadikan urusan tersebut mudah untuk kita.

Pertama sekali, akui kekerdilan dan kekurangan diri, kemudian lakukan persiapan dalam masa yang sama berdoalah kepada Allah supaya diberikan kekuatan.

“Ya Allah, aku tidak tahu, tetapi Engkau tahu.
Aku tidak mampu, tetapi Engkau mampu, maka kuatkanlah hatiku dan bantulah aku”

#4- Membina Sokongan Yang Kuat

Dalam kisah Nabi Musa, baginda meminta kepada Allah supaya Nabi Harun dapat menemani dan membantunya dalam misi berjumpa Firaun. Nabi Musa tahu kekurangan yang ada pada dirinya dan hal itu boleh dibantu oleh Nabi Harun. Maka dalam apa jua perkara yang kita lakukan, tidak mengapa untuk meminta bantuan dan sokongan daripada orang terdekat.

وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي
“Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.

هَارُونَ أَخِي
“Iaitu Harun saudaraku;

اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي
“Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,

وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي
“Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,

نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا
“Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,

وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا
“Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;

إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami”. (Surah Thaha 20:29-35)

Cerita tentang Nabi Musa ini mengajarkan kepada kita bahawa keyakinan itu perlu diusahakan. Allah telah memberitahu bahawa setiap manusia akan diuji dengan sedikit ketakutan dan kesusahan.

Setiap orang mempunyai ketakutan masing-masing. Tidak ada orang yang setiap masa berasa yakin. Dan melalui kisah ini, Allah telah memandu kita bagaimana untuk mencari kekuatan hati.

BACA:  ‘Saya berasa terjamin, selamat bersama Islam’

 

Sumber: tzkrh.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel