Soalan :
Apakah dagu perempuan wajib ditutup ketika sembahyang atau tidak mengapa tidak ditutup?
Jawapan :
Bermula anggota yang wajib ditutup olih seorang perempuan di dalam sembahyang ialah sekelian badannya melainkan muka dan dua pergelangan tangannya.
Berkata Imam Nawawi :
والوجه عند العرب ما حصلت به المواجهة
Artinya : ”Dan maksud muka dalam bahasa arab ialah bahagian yang kita berhadapan dengannya.” (Kitab Al-Majmu’))
Jadi bahagian dagu sebelah hadapan adalah termasuk bahagian muka yaitu tidak wajib ditutup manakala dagu sebelah bawah tidak termasuk bahagian muka maka wajib ditutup dan jika tidak ditutup maka tidak sah sembahyangnya.
Berkata Syeikh Ismail Zain :
“Terbuka anggota di bawah dagu dari badan perempuan pada ketika sembahyang dan tawaf memberi mudharat. Maka adalah ia membatalkan akan sembahyang dan tawaf.”
“Ada pun di sisi mazhab Hanafi dan Maliki terbuka bahgian bawah dagu tidak membatalkan sembahyang.” (Fatwa Syeikh Ismail Zain)
Kesimpulan :
Wajib bagi perempuan menutup ketika sembahyang akan bahagian bawah dagunya kerana ia termasuk aurat.
Tidak menutup bahagian bawah dagu ini menyebabkan tidak sah sembahyang kerana tidak menutup aurat dengan sempurna.
Tidak berlaku kesepakatan di sisi fuqahak pada wajibnya menututp bahagian bawah dagu ini bagi perempuan.
Sebaiknya ditutup anggota bawah dagu ini supaya keluar dari khilaf setengah fuqahak yang mewajibkan menutupnya.
Wallahua’lam
Rujukan :
أن انكشاف ما تحت الذهن من بدن المرأة في حال الصلاة والطواف يضر فيكون مبطلا للصلاة وللطواف, وذلك لأنه داخل في عموم كلامهم فيما يجب ستره. فقولهم عورة الحرة في الصلاة جميع بدنها الا الوجه والكفين يفيد ذلك لأمور : منها الإستثناء فإنه معيار العموم, ومنها قولهم يجب عليها أن تستر جزأ من الوجه من جميع الجوانب ليتحقق به كمال الستر لما عداه فظهر بذلك ان كشف ذلك يضر ويعتبر مبطلا للصلاة ومثلها الطواف, هذا مذهب سادتنا الشافعية
وأما عند غيرهم كالسادة الحنفية والسادة المالكية فان ما تحت الذقن ونحوه لا يعد كشفه من المرأة مبطلا للصلاة كما يعلم ذلك من عبارات كتب مذاهبهم. وحينئذ لو وقع ذلك من العاميات اللاتي لم يعرفن كيفية التقليد بمذهب الشافعية فان صلاتهن صحيحة لأن العامي لا مذهب له وحتن من العارفات بمذهب الشافعي إذا أردن تقليد غير الشافعي ممن يرى ذلك فأن صلاتهن تكون صحيحة لأن أهل المذاهب الأربعة كلهم على هدى. فجزاهم الله عنا خير الجزاء. وبذلك يعلم أن هذه المسألة وقع السؤال عنها هي موضع خلاف بين أئمة المذاهب وليست من المجمع عليه والحمد لله جعل في الأمر سعة.
فتاوي اسماعيل الزين