Apa Itu Rukun Qauli , Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat : Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH baca dalam hati, lagi TAK SAH .
Satu huruf tidak terdengar pun Al-Fatihah tu TAK SAH . Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun Qauli Itu Apa ?
– takbiratul ihram,
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat
– salam pertama
Ada 5 sahaja , yang lain itu rukun fi’li . Niat pula ialah rukun qalbi .
Rukun Solat Terbahagi Kepada Tiga Kategori :
1. Qalbi – di ingat dalam hati
2. Qauli – di ucap dengan lidah
3. Fi’li – perbuatan
Rukun Solat Ada 13 Perkara Iaitu :
1. Berdiri bagi yang mampu ( Fi’li )
2. Niat ( Qalbi )
3. Takbiratul Ihram – Allahu Akhbar yang pertama ( Qauli )
- Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah . Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut , dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati . Walhal , lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI , maka ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .
- Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat . Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin ( seperti suara orang berbisik )
4. Membaca surah Al-Fatihah (Qauli )
- Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
- Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. Rukuk dengan tama’ninah ( Fi’li )
6. Iktidal dengan tama’ninah ( Fi’li )
7. Sujud dengan tama’ninah ( Fi’li )
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah ( Fi’li )
9. Duduk Tasyahhud akhir ( Fi’li )
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir ( Qauli )
- Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.
- Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. ( Qauli )
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama ( Qauli )
- Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ ( assalaamu’alaikum warahmatullaah )
- Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum” atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat .
- Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul .
13. Tertib ( Qalbi )
Sumber: saidila.com