≡ Menu

Jika Memberi Salam Kepada Penghuni Kubur, Bolehkah Mereka Menjawab Salam Tersebut?

Soal :

Benarkah apabila kita ziarah kubur dan memberi salam ke atas penghuni kubur mereka bolih mendengar dan menjawab salam yang kita beri kerana ada yang mengatakan orang mati tidak bolih mendengar orang yang masih hidup?

Jawab :

Orang yang sudah mati memang bolih mendengar orang yang hidup sebagaimana tersebut pada beberapa hadith-hadith Nabi saw.

Mayat Bolih Mendengar Orang Hidup

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bercerita bahawa Rasulullah saw ketika melihat mayat-mayat tentera musyrikin yang terbunuh dalam perang Badar baginda telah berkata-kata kepada mayat-mayat tersebut. Lalu Umar r.a. pun berkata :

يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ يَسْمَعُوا ، وَأَنَّى يُجِيبُوا وَقَدْ جَيَّفُوا ؟ قَالَ : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ لِمَا أَقُولُ مِنْهُمْ ، وَلَكِنَّهُمْ لَا يَقْدِرُونَ أَنْ يُجِيبُوا

Artinya : “Wahai Rasulullah. Macamana mereka bolih mendengar dan betapa mereka bolih menjawab sedangkan mayat-mayat ini sudah membusuk?
Sabda Rasulullah saw : Demi Tuhan yang diriku dalam genggaman-Nya tidaklah kamu semua lebih mendengar apa yang aku perkatakan dari mereka semua. Dan tetapi mereka tidak mampu menjawabnya.” (Hadith Syeikhain)

Mayat Menjawab Salam Orang Hidup

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. :

عن النبي الله صلى الله عليه وسلم :
( ما من أحد مر بقبر أخيه المؤمن كان يعرفه في الدنيا ، فسلم عليه ، إلا عرفه ورد عليه السلام )
رواه ابن عبد البر في “الاستذكار”

Artinya : Dari nabi saw “Tiada dari seorang yang lalu pada kubur saudaranya yang mukmin yang adalah di dunia dia mengenalinya lalu memberi salam ke atasnya melainkan mayat mengenalinya dan menjawab atasnya akan salam.” (Hadith Ibnu Abdil Barri)

BACA:  Duduk Rumah Sewa, Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat,Sah Atau Tidak?

Maka dari hadith-hadith yang di atas dan hadith-hadith yang lain ulama-ulama mengatakan bahawa mayat bolih mendengar orang yang hidup dan bolih menjawab salam yang diberikan olih orang yang ziarah kubur mereka.

Di antara mereka ialah Qadhi Iyad, Imam Nawawi, Imam Ibnu Kathir dan lain-lain.

Dan menanggung ulama atas kata mayat bolih mendengar dan menjawab salam orang yang hidup itu ialah dengan izin Allah swt.

Wallahua’lam

 

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Oiginal) 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.my/hantar-artikel